Connect with us

Komuniti

Demi tunai haji tipu status kesihatan, TH diarah siasat

“Siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebab kita tahu apabila jemaah berada di sana dalam suasana tempat yang baharu dan juga cuaca agak panas kemungkinan menyebabkan kesihatan mereka banyak terjejas.”

Wartawan TMT

Published

on

Foto by Ruqaih Ibrahim
Foto: Ruqaih Ibrahim
  • Doktor Klinik Pesakit Luar,Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah kesan penyakit darah tinggi dan kencing manis tidak terkawal serta serangan jantung, jangkitan kuman pernafasan atas, radang paru-paru dan lelah atau asma di kalangan Jemaah haji.
  • Kerajaan arah Tabung Haji siasat tindakan jemaah haji yang didakwa merahsiakan status kesihatan.

KOTA BHARU – Kerajaan mengarahkan Lembaga Tabung Haji supaya menyiasat tindakan bakal jemaah haji di negara ini yang didakwa merahsiakan status kesihatan masing-masing bagi membolehkan mereka mengerjakan ibadah itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, perkara tersebut sudah ada dalam pengetahuan pihak berwajib dan satu siasatan diarah untuk dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil.

“Saya sudah pun mengarahkan pihak Tabung Haji supaya menyiasat perkara ini bagi mengesahkan kebenarannya.

“Siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu sebab kita tahu apabila jemaah berada di sana dalam suasana tempat yang baharu dan juga cuaca agak panas kemungkinan menyebabkan kesihatan mereka banyak terjejas,” katanya ketika ditemui pada Program Penyampaian Sumbangan kepada Mangsa Bencana Ribut dan Kebakaran di Kampung Siti Manis di sini pada Ahad.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 13 keluarga mangsa bencana di kawasan Pengkalan Chepa di sini menerusi peruntukan berjumlah RM20,000.

Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa kebakaran, Khadijah Ahmad di Kampung Siti Manis, Kota Bharu pada Ahad.

Sementara itu, beliau mengingatkan kepada semua bakal jemaah supaya membawa bekalan ubat bagi kegunaan ketika mengerjakan ibadat haji.

“Saya menasihatkan kepada jemaah haji yang akan berangkat, sudah pergi dan ada lagi yang rombongan-rombongan akhir selepas daripada ini supaya menjaga kesihatan dan membawa bekalan ubat sepatutnya untuk mereka.

“Jemaah perlu memastikan keadaan mereka di sana dalam keadaan yang sihat dan boleh mengerjakan ibadah dengan sempurna,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan tindakan segelintir bakal jamaah haji negara ini cuba merahsiakan status sebenar tahap kesihatan peribadi akhirnya terdedah sendiri ketika mereka ada di tanah suci.

Keadaan itu terbongkar apabila penyakit tidak berjangkit yang sepatutnya mustahil dihidapi bakal jemaah itu dapat dikesan oleh doktor di Klinik Pesakit Luar, Pusat Rawatan Tabung Haji di sana.

Antaranya ialah kes penyakit darah tinggi tidak terkawal dan kencing manis tidak terkawal serta serangan jantung, jangkitan kuman pernafasan atas, radang paru-paru dan lelah atau asma.

Sumber : Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending