Connect with us

Antarabangsa

Bimbang LGBT didiskriminasi, Amerika Syarikat minta WHO tukar nama cacar monyet

Bandar Raya New York meminta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menukar nama virus cacar monyet untuk mengelakkan stigma yang menyebabkan pesakit  malu untuk mendapatkan rawatan.

Wartawan TMT

Published

on

tukar nama virus cacar monyet
Foto: Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
  • Pesuruhjaya Kesihatan Awam Bandar Raya New York, Ashwin Vasan dalam sepucuk surat meminta WHO menukar nama virus cacar monyet untuk mengelakkan stigma yang menyebabkan pesakit malu untuk mendapatkan rawatan.
  • “Berterusan menggunakan ‘cacar monyet’ untuk menjelaskan wabak semasa ini akan menghidupkan semula perasaan trauma, rasisme dan stigma terutamanya terhadap orang kulit hitam dan penduduk kulit gelap lain di samping anggota masyarakat (LGBT),”kata Vasan.

NEW YORK  –  Bandar Raya New York meminta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menukar nama virus cacar monyet untuk mengelakkan stigma yang menyebabkan pesakit  malu untuk mendapatkan rawatan.

New York merekodkan lebih banyak kes cacar monyet berbanding bandar-bandar  lain di Amerika Syarikat (AS) dengan 1,092 jangkitan dikesan setakat ini.

“Kami amat bimbang tentang prejudis  virus cacar monyet terhadap komuniti tertentu,”  kata Pesuruhjaya Kesihatan Awam Bandar Raya New York,  Ashwin Vasan dalam sepucuk surat bertarikh kelmarin kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

kesan cacar monyet

Kesan cacar monyet, kredit: Berkay Ataseven/Shutterstock.

Vasan merujuk kepada sejarah rasis dan penderitaan akibat penggunaan terminologi penyakit termasuk cacar monyet terhadap masyarakat bukan kulit putih.

Beliau berkata, cacar monyet bukan berasal daripada spesies beruk atau monyet seperti yang dicadangkan nama tersebut. Menurutnya, kesilapan maklumat semasa permulaan wabak  HIV telah mencetuskan kesan negatif termasuk impak perkauman terhadap komuniti Asia termasuk  tindakan bekas Presiden Donald Trump menggelarkan Covid-19 sebagai ‘virus China’.

“Berterusan menggunakan ‘cacar monyet’ untuk menjelaskan wabak semasa ini akan menghidupkan semula perasaan trauma, rasisme dan stigma terutamanya terhadap  orang kulit hitam dan penduduk kulit gelap lain di samping anggota masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), malah mereka mungkin enggan  mendapatkan rawatan kerana stigma tersebut,” kata Vasan.

Katanya, sesiapa sahaja boleh dijangkiti cacar monyet yang sudah lama menjadi endemik di rantau Afrika Tengah dan Afrika Barat tetapi  telah merebak ke Eropah serta AS terutamanya membabitkan lelaki homoseks.

Tiada kematian dilaporkan di Eropah dan AS setakat ini.

Lebih 16,000 kes disahkan telah direkodkan di 75 buah negara sepanjang tahun ini, kata WHO Isnin lalu.

Sumber : NBC News

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending