Connect with us

Antarabangsa

Berpuluh tahun, Southern Baptist Convention abai aduan kes penderaan seksual

Ahli gabungan gereja Protestan Amerika Syarikat, Southern Baptist Convention (SBC) telah mengundi untuk menjalankan siasatan dalaman mengenai kes penderaan seksual di gereja pada Konvensyen 2021.

Wartawan TMT

Published

on

southern baptist convention
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Southern Baptist Convention (SBC), gabungan gereja Protestan Amerika Syarikat, menyembunyikan banyak aduan kes penderaan seksual yang dibuat terhadap pihak gereja sejak 1960.
  • Ahli gereja telah mengundi supaya siasatan dalaman berkaitan aduan kes penderaan seksual dijalankan pada Konvensyen 2021. 
  • Dasar gereja dan reputasi menjadi sebab aduan diabaikan.
  • Walau pihak gereja berjaya mengesan pelaku, mereka tidak menghubungi dan cuba mendakwanya di muka pengadilan.

WASHINGTON – Ahli gabungan gereja Protestan Amerika Syarikat, Southern Baptist Convention (SBC) telah mengundi untuk menjalankan siasatan dalaman mengenai kes penderaan seksual di gereja pada Konvensyen 2021.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Menurut laporan daripada Guidepost Solutions bertajuk The Southern Baptist Convention Executive Committee’s Response to Sexual Abuse Allegations and an Audit of the Procedures and Actions of the Credentials Committee, terdapat banyak kes penderaan seksual yang pelakunya terdiri daripada para paderi telah dilaporkan, namun pihak atasan gereja memilih untuk menutup mulut dan mengabaikannya.

Insiden penderaan seksual ini telah berlaku sejak 1960 dan tiada tindakan susulan diambil bagi membela hak mangsa.

Laporan tersebut turut mendapati tuduhan dibuat terhadap individu-individu di semua peringkat termasuk sukarelawan, kakitangan dan pemimpin institusi termasuk pihak atasan gereja.

Hasil laporan berkenaan turut disokong oleh kajian daripada Houston Chronicle and San Antonio Express-News yang telah diterbitkan pada 2019, yang mana telah mendedahkan banyak pertuduhan berkaitan penderaan seksual dibuat terhadap kepimpinan pihak gereja.

Kristin Kobes Du Mez, seorang profesor sejarah di Calvin University berkata, “Dalam menangani isu penderaan seksual, sehingga kini, mereka mendakwa kerana dasar gereja, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengesan pelaku dan mengambil tindakan terhadap gereja tempatan.”

“Walau bagaimanapun, kami mendapati laporan tersebut menunjukkan bahawa pihak gereja ada menjejaki pelaku dan telah menyimpan data mengenai kes penderaan seksual untuk kepentingan mereka sendiri.

“Tetapi mereka sama sekali tidak pernah, dengan apa jua cara, menghubungi dan cuba mendakwa pelaku,” tambah Kristin. 

SBC merupakan gabungan gereja-gereja yang terdiri daripada 15 juta ahli. Wakil-wakil gereja ini akan bertemu setiap tahun pada acara tahunan yang juga dipanggil sebagai Konvensyen.

Sumber : Vox

 

 

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending