Connect with us

Antarabangsa

3,000 pedofil bertugas di gereja katolik Perancis sejak 1950!

Seramai 3,000 pedofil dikenalpasti pernah bertugas di sebuah gereja Katolik di Perancis sejak 1950-an, demikian pendedahan ketua suruhanjaya siasatan bebas mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak di gereja terbabit.

Wartawan TMT

Published

on

mangsa pedofil kristian
Foto: Paderi Bernard Preynat, 75, dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan mendera kanak-kanak lelaki dalam jagaannya antara tahun 1971 sehingga 1991.
  • 3,000 pedofil dikenalpasti di sebuah gereja Katolik di Perancis sejak 1950-an.
  • Perkara itu didedahkan laporan suruhanjaya bebas mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak di gereja terbabit pada Oktober tahun lalu.
  • Suruhanjaya bebas diketuai Jean-Marc Sauvé dianggotai 22 profesional undang-undang, doktor, ahli sejarah, sosiologis dan teologis.

PARIS – Seramai 3,000 pedofil dikenalpasti pernah bertugas di sebuah gereja Katolik di Perancis sejak 1950-an, demikian pendedahan ketua suruhanjaya siasatan bebas mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak di gereja terbabit.

Sebelum penerbitan laporan suruhanjaya itu seperti dilaporkan The Guardian pada Oktober tahun lalu, Jean-Marc Sauvé dilaporkan sebagai berkata, siasatan suruhanjaya itu mendapati antara 2,900 hingga 3,200 paderi serta anggota gereja lain terbabit dalam perbuatan terkutuk itu. 

Sauvé memberitahu agensi berita AFP bahawa laporan suruhanjaya bebas setebal 2,500 mukasurat itu adalah berdasarkan arkib gereja, mahkamah dan polis serta temu ramah dengan saksi.

Laporan suruhanjaya bebas itu juga menilai mengapa golongan pedofil di gereja itu tetap dibenarkan untuk berkhidmat tanpa sebarang tindakan diambil ke atas mereka.

Suruhanjaya bebas itu dianggotai 22 pengamal undang-undang, doktor, ahli sejarah, sosiologis dan teologis selepas Pope Francis meminta mana-mana pihak yang tahu tentang salah laku itu melaporkannya kepada pihak atasan gereja.

Sebuah talian khas yang diwujudkan pada Jun 2019 bagi membolehkan mangsa dan saksi  membuat aduan telah menerima 6,500 panggilan dalam tempoh 17 bulan.

Seorang sosiologis dalam suruhanjaya bebas itu, Philippe Portier menegaskan yang laporan itu ‘tidak berat sebelah’.

Advertisement

Presiden persidangan bishop Perancis, Bishop Éric de Moulins-Beaufort menyatakan kerisauannya terhadap impak laporan itu dan menggesa pihak gereja untuk mengubah sikap.

Pada 2020, seorang paderi Katolik Perancis, Bernard Preynat, 75, dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan mendera kanak-kanak lelaki dalam jagaannya antara tahun 1971 sehingga 1991, yang mana orang atasannya bertindak menutup cerita.

Paderi Katolik itu dilarang untuk menjaga kanak-kanak lelaki, bagaimanapun pihak gereja masih membenarkannya mengajar dan memegang jawatan tertinggi di gereja terbabit.

Ekoran kes itu, Archbishop of Lyon, Cardinal Philippe Barbarin turut digantung kerja selama enam bulan kerana tidak melaporkan perbuatan Preynat.

Sumber : The Guardian

 

Advertisement

 

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending