Connect with us

Terkini

UMNO berpecah jika jawatan utama parti dipertandingkan

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan akan wujud perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan utama parti itu dipertandingkan meskipun beliau terbuka untuk bersaing.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UMNO berpecah jika jawatan utama parti dipertandingkan
Foto: Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan akan wujud perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan utama parti itu dipertandingkan.
  • Beliau menyifatkan lebih baik jawatan utama diputuskan menang tanpa bertanding dengan mengambil kira situasi UMNO ketika ini dalam keadaan ‘terduduk’.
  • “Kalau boleh dalam keadaan kita  jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain itu eloklah menang tanpa bertanding dan itu sebaiknya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan akan wujud perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan utama parti itu dipertandingkan meskipun beliau terbuka untuk bersaing.

Beliau menyifatkan lebih baik jawatan utama diputuskan menang tanpa bertanding dengan mengambil kira situasi UMNO ketika ini dalam keadaan ‘terduduk’.

“Kalau boleh dalam keadaan kita dah jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain itu eloklah menang tanpa bertanding dan itu sebaiknya.

“Kalau bertanding, sedikit sebanyak dia ada pepecahan. Jadi tak tahulah. Terpulanglah.

“Saya tak ada masalah (terbuka)… siapa nak bertanding lawan Timbalan Presiden, (tapi) saya mempertahankan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO akan datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau menjelaskan, UMNO merupakan parti yang mengamalkan demokrasi.

“Kita dah tak macam dulu jika nak bertanding Presiden atau Timbalan Presiden mesti ada kuota.

“Sekarang ni senang sahaja. Ada seorang penyokong dan seorang pencadang sudah boleh (bertanding), jadi terpulanglah. Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *