Connect with us

Antarabangsa

Lakonan teater menggambarkan Muslim sebagai pengganas dikecam, cetus Islamofobia di Kerala

Pesta seni sekolah yang diadakan di Kozhikode, Kerala baru-baru ini mengundang kontroversi selepas seseorang yang berpakaian Islam digambarkan sebagai pengganas semasa persembahan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lakonan teater menggambarkan Muslim sebagai pengganas dikecam, cetus Islamofobia di Kerala
Foto: Menteri Pendidikan dan pemimpin CPI (M) V Sivankutty
  • V Sivankutty berkata gambaran seorang lelaki Islam sebagai pengganas bertentangan dengan pendirian Barisan Demokratik Kiri (LDF).
  • Menurutnya, kontroversi MATHA akan dikaji dan tindakan akan diambil di mana kumpulan itu tidak akan diberi peluang lain kali. 
  • Insiden itu kini menjadi kontroversi selepas pelbagai pertubuhan Islam membantah gambaran seorang Muslim sebagai pengganas. 
  • Antaranya Kongres Indian Union Muslim League (IUML), kesal dengan insiden itu, mendakwa kerajaan mencetuskan Islamofobia.

INDIA – Pesta seni sekolah yang diadakan di Kozhikode, Kerala baru-baru ini mengundang kontroversi selepas seseorang yang berpakaian Islam digambarkan sebagai pengganas semasa persembahan. 

Menteri Pendidikan dan pemimpin CPI (M) V Sivankutty berkata gambaran seorang lelaki Islam sebagai pengganas bertentangan dengan pendirian Barisan Demokratik Kiri (LDF). 

“Pertubuhan Malayalam Theatrical Heritage and Arts (MATHA) tidak akan diberi peluang lain kali. Kontroversi akan dikaji dan tindakan diambil di mana AJK akan melihat program sebelum mementaskan persembahan itu,’’ katanya dipetik The Indian Express.

Insiden itu kini menjadi kontroversi selepas pelbagai pertubuhan Islam membantah tindakan menggambarkan seorang Muslim sebagai pengganas. 

Antaranya Kongres Indian Union Muslim League (IUML) yang kesal dengan tindakan itu, mendakwa kerajaan mencetuskan Islamofobia.

Ketua CPI (M) dan Menteri Kerja Raya Mohammed Riyas mendakwa terdapat agenda Sangh Parivar di sebalik persembahan itu.

“Menggambarkan pengganas menggunakan pakaian Muslim adalah bertentangan dengan pendirian kerajaan LDF. 

“Keganasan dan ekstremisme tidak berkaitan dengan mana-mana komuniti tertentu. Ia perlu diteliti bagaimana persembahan sebegitu dipentaskan,’’ katanya.

Susulan campur tangan jawatankuasa daerah, jabatan pendidikan negeri mengharamkan MATHA pada edisi akan datang.

MATHA yang berpangkalan di Perambra, Kozhikode, mengadakan pertunjukan tarian dan muzikal selama tiga dekad yang lalu. 

Kumpulan itu memenangi anugerah bagi persembahan berdasarkan epik Tamil Silappathikaram dan pernah beberapa kali membuat persembahan di Asia Barat.

 

Sumber: The Indian Express

Author