Connect with us

Terkini

Gaza dakwa Israel rampas 65 peratus wilayah melalui ‘garis kuning’

Published

on

  • Menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza, garis berkenaan yang pada asalnya merupakan sempadan sementara berkaitan perjanjian gencatan senjata didakwa digunakan untuk merampas lebih banyak tanah, memusnahkan kawasan kediaman serta memaksa penduduk Palestin berpindah.
  • Tentera Israel juga didakwa mara ke kawasan perumahan di Gaza, manakala kawasan berhampiran garis itu di utara Gaza dijadikan zon tentera terbuka. Rumah-rumah dari Jalan Al-Sikka hingga Bulatan Sheikh Zayed dilaporkan dimusnahkan sepenuhnya, selain pembinaan benteng tanah dan menara pemerhatian.

GAZA – Pejabat Media Kerajaan Gaza mengecam tindakan tentera Israel yang didakwa terus memperluas “Garis Kuning” sehingga kawasan larangan akses kini merangkumi kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan Semenanjung Gaza, berbanding anggaran 53 peratus sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, garis berkenaan yang pada asalnya merupakan sempadan sementara berkaitan perjanjian gencatan senjata didakwa digunakan untuk merampas lebih banyak tanah, memusnahkan kawasan kediaman serta memaksa penduduk Palestin berpindah.

Di wilayah tengah Gaza, kenderaan tentera dan blok konkrit kuning dilaporkan bergerak antara 300 hingga 350 meter ke arah barat, menyebabkan tanah pertanian serta rumah penduduk dirampas dan diratakan.

Tentera Israel juga didakwa mara ke kawasan perumahan di Gaza, manakala kawasan berhampiran garis itu di utara Gaza dijadikan zon tentera terbuka. Rumah-rumah dari Jalan Al-Sikka hingga Bulatan Sheikh Zayed dilaporkan dimusnahkan sepenuhnya, selain pembinaan benteng tanah dan menara pemerhatian.

Pejabat itu mendakwa 23 rakyat Palestin terbunuh berhampiran “Garis Kuning” antara 13 hingga 20 Julai lalu, menjadikan jumlah korban di kawasan berkenaan sejak gencatan senjata bermula melebihi 1,165 orang.

Perluasan kawasan tentera itu turut menyebabkan petugas perbandaran tidak dapat memasuki hampir separuh kawasan perumahan, sekali gus menjejaskan operasi telaga air, sistem rawatan kumbahan dan bilik kawalan utama.

Pejabat Media Kerajaan Gaza menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa supaya segera menghentikan peluasan tentera tersebut serta mendesak Israel berundur dari tanah yang didakwa dirampas.

Ia turut menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia mendokumentasikan dakwaan pembunuhan di lapangan serta pemindahan paksa sebagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author