Terkini
Malaysia Kekal Pasaran Terbesar Grab, Sumbang RM4.2 Bilion Pada 2025
- Malaysia menjana pendapatan RM4.2 bilion (AS$1 bilion) dan menyumbang 30.8% daripada pendapatan kumpulan.
- Buat pertama kalinya, Grab mencatatkan keuntungan bersih tahunan sebanyak RM856 juta (AS$200 juta), pulih daripada kerugian RM676 juta pada 2024.
- Segmen penghantaran menyumbang RM7.7 bilion (AS$1.8 bilion) atau 53.4% daripada jumlah pendapatan, diikuti mobiliti (RM5.1 bilion) dan perkhidmatan kewangan (RM1.4 bilion).
KUALA LUMPUR – Syarikat super app berpangkalan di Singapura, Grab Holdings Limited, mencatatkan sejarah dengan merekodkan keuntungan bersih tahunan buat pertama kalinya pada 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran terbesarnya.
Menurut Laporan Tahunan Grab 2025 yang difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC), pendapatan kumpulan melonjak 20% kepada AS2.8 bilion pada 2024. Keuntungan bersih yang dicatatkan ialah AS358 juta berbanding kerugian AS$158 juta pada tahun sebelumnya.
Malaysia kekal sebagai pasaran terbesar Grab buat tahun keempat berturut-turut, menjana pendapatan AS1 bilion. Ini menjadikan Malaysia menyumbang 30.8% daripada keseluruhan pendapatan kumpulan. Indonesia berada di tempat kedua dengan AS727 juta (RM2.9 bilion), Filipina AS288 juta dan Vietnam AS$255 juta.
Mengikut segmen perniagaan, perkhidmatan penghantaran (deliveries) kekal sebagai penyumbang terbesar dengan hasil AS1.22 bilion (RM5.1 bilion), diikuti perkhidmatan kewangan AS4 juta (RM17 juta).
Pencapaian bersejarah ini didorong oleh peningkatan pengguna, kekerapan penggunaan, serta pengoptimuman insentif. EBITDA terlaras syarikat meningkat kepada AS313 juta pada 2024.
Bagi 2026, Grab mensasarkan pendapatan AS4.10 bilion, mengekalkan unjuran pertumbuhan 20% hingga 22%. – The Merdeka Times