Connect with us

Terkini

Kanak-kanak perempuan Muslim 12 tahun dirogol & dibunuh kejam

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa yang berusia 12 tahun dirogol, diseksa dengan kejam, dan masih hidup ketika dibuang ke dalam kolam dengan paru-paru mengandungi air berlumpur.
  • Mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian sulit termasuk kesan terbakar, serta kecederaan tumpul di belakang kepala. Punca kematian adalah kehilangan darah berlebihan dan lemas.

KOLKATA –  Satu kes rogol dan bunuh kejam terhadap seorang kanak-kanak perempuan Muslim berusia 12 tahun di Baruipur, West Bengal  telah mencetuskan kemarahan besar di seluruh India.

Mangsa dilaporkan keluar pada petang Sabtu untuk membeli hadiah hari jadi seorang rakan, namun gagal pulang. Mayatnya ditemukan pada pagi Ahad (5 Julai) di dalam guni di sebuah kolam berhampiran Stesen Kereta Api Surjyapur.

Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa dirogol, diseksa dengan kejam, dan masih hidup ketika dibuang ke dalam kolam dengan paru-paru mengandungi air berlumpur. 

India Today melaporkan mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian sulit termasuk kesan terbakar, serta kecederaan tumpul di belakang kepala. Punca kematian adalah kehilangan darah berlebihan dan lemas.

Polis telah menahan tiga suspek utama Ananda Sardar, Dibakar Sardar dan Prabhas Mondal di bawah seksyen rogol berkumpulan dan pembunuhan. 

Seorang pekerja tempatan BJP, Shantanu Mandal, turut ditahan. Seorang lagi suspek, Indrajit Tanti, dibunuh oleh orang awam yang marah. Seorang lelaki lain turut ditemukan mati di kolam yang sama.

Ketua Menteri West Bengal, Suvendu Adhikari, memberi jaminan kepada keluarga mangsa bahawa kerajaan akan memastikan hukuman mati dijatuhkan kepada semua yang bertanggungjawab. 

Suruhanjaya Kebangsaan bagi Wanita (NCW) India telah meminta laporan tindakan daripada Ketua Polis Bengal, manakala polis menubuhkan Pasukan Siasatan Khas (SIT). Ketegangan politik timbul selepas TMC mendakwa ketua mereka, Mamata Banerjee, dihalang daripada melawat keluarga mangsa. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author