Connect with us

Terkini

Kenderaan BMW Diguna PM Aset Sedia Ada Kerajaan – JPM

Published

on

Foto: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan spekulasi bahawa kereta BMW yang digunakan oleh Anwar adalah kenderaan rasmi baharu yang dibeli oleh kerajaan, kereta itu adalah antara aset sedia ada milik Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA).
  • Kenderaan berkenaan hanya digunakan secara sementara atas nasihat dan penilaian keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berikutan kenderaan rasmi Perdana Menteri sedang menjalani proses penyelenggaraan.
  • BMW yang digunakan adalah model BMW 7 Series Protection, sebuah kenderaan kalis peluru yang dilengkapi dengan spesifikasi keselamatan yang direka khas untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, dan risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron.

KUALA LUMPUR — Kenderaan jenis BMW yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini merupakan aset sedia ada milik kerajaan dan bukannya kenderaan rasmi baharu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan kenderaan itu merupakan aset di bawah seliaan BIUPA yang dikhususkan untuk kegunaan logistik rasmi negara.

Menurut kenyataan itu, aset berkenaan disediakan bagi memenuhi keperluan protokol dan standard keselamatan antarabangsa sepanjang lawatan rasmi ketua negara serta ketua kerajaan bertaraf presiden atau perdana menteri ke Malaysia.

“Bagi tujuan itu, kenderaan ini perlu memenuhi spesifikasi keselamatan yang direka khas bagi menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan, serta risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron.

“Penggunaan kenderaan itu oleh Perdana Menteri adalah bersifat sementara atas nasihat serta penilaian keselamatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut hantaran itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan pertukaran sementara berkenaan dibuat kerana kenderaan rasmi Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani proses penyelenggaraan berkala.

Penjelasan itu dibuat bagi menafikan dakwaan serta spekulasi yang tular di platform media sosial  berhubung status pemilikan kenderaan berkenaan yang digunakan Perdana Menteri.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author