Connect with us

Terkini

Parti dadah dan pesta gay: 51 individu dicekup, seorang maut

Published

on

Foto: Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan.
  • Operasi yang bermula sekitar pukul 2.35 hingga 5 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
  • Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan berkenaan dipercayai menjadikan bilik-bilik hotel mewah sebagai lokasi untuk berhibur, menyalahgunakan dadah serta menjalankan aktiviti tidak bermoral.

KUALA LUMPUR – Seorang maut dalam parti dadah dan pesta gay dengan 51 individu dicekup pada serbuan di sebuah hotel terkemuka, awal pagi kelmarin. 

Operasi yang bermula sekitar pukul 2.35 hingga 5 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan berkenaan dipercayai menjadikan bilik-bilik hotel mewah sebagai lokasi untuk berhibur, menyalahgunakan dadah serta menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil serbuan berjaya menahan seramai 51 individu terdiri daripada 23 lelaki tempatan serta 28 lelaki warga asing berusia antara 21 hingga 52 tahun.

“Turut dirampas ialah cecair Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 1.15 kilogram, serbuk MDMA seberat 284 gram, pil ekstasi seberat 8.56 gram, serbuk ekstasi seberat 8.7 gram serta ketamin seberat 11.61 gram,” katanya dalam kenyataan semalam seperti dilaporkan Kosmo!.

Hussein berkata, nilai keseluruhan dadah yang dirampas dalam operasi berkenaan dianggarkan berjumlah RM103,070.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum serbuan dijalankan, polis mendapati seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti terbabit diusung di lobi hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital tersebut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati 36 individu positif dadah manakala 15 lagi negatif. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Beliau menambah, kesemua suspek kini telah direman antara tiga hingga enam hari bagi membantu siasatan lanjut. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author