Connect with us

Terkini

Kecederaan parah akibat hentakan, lemas antara punca kematian tiga pekerja perkapalan

Published

on

Foto: Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor.
  • Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa pertama mendapati Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, maut akibat kecederaan serius pada bahagian abdomen kesan hentakan kuat.
  • “Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, pula maut akibat cedera di bahagian leher manakala Ahmad Fiqri Zakaria, 38, meninggal dunia akibat lemas,” katanya.

KUALA TERENGGANU – Kecederaan parah akibat hentakan kuat dan lemas dikenal pasti antara punca kematian tiga pekerja dalam kejadian bot penyelamat terjatuh ke laut di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat, kira-kira 150 meter dari perairan Kuala Terengganu, tengahari semalam. 

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa pertama mendapati Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, maut akibat kecederaan serius pada bahagian abdomen kesan hentakan kuat.

“Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, pula maut akibat cedera di bahagian leher manakala Ahmad Fiqri Zakaria, 38, meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, proses bedah siasat ke atas ketiga-tiga mangsa dijalankan pada 10 pagi hingga 2.15 petang tadi sebelum kesemua jenazah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.

Semalam, Bernama melaporkan tiga pekerja platform minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di FSO Sepat.

Mangsa yang cedera parah Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author