Connect with us

Terkini

Bukit Bintang perlukan surau Jumaat, Simbol syiar Islam di tengah kota

Published

on

Foto: Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ariff Omar.
  • Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ariff Omar berkata, inisiatif yang diterajui oleh MAIWP, JAKIM, JAWI, dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu merupakan manifestasi maqasid syariah dalam menjaga agama bagi masyarakat awam.
  • “Inisiatif mewujudkan Surau Jumaat di Bukit Bintang bukan sekadar tentang penyediaan ruang solat, tetapi adalah manifestasi maqasid syariah, menjaga Agama (hifz al-Din) bagi masyarakat awam. Selagi mana pihak berkuasa agama memastikan syarat sah mengikut Mazhab Syafi‘i dipenuhi (terutamanya bilangan jemaah dan status kawasan), ia adalah langkah progresif yang sangat membantu bagi umat Islam di ibu kota,” katanya.

KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan mewujudkan Surau Jumaat di kawasan tumpuan pelancong, Bukit Bintang disifatkan sebagai langkah wajar dipuji yang mencerminkan komitmen tinggi dalam memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan fardu ain di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Ariff Omar berkata, inisiatif yang diterajui oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan itu merupakan manifestasi maqasid syariah dalam menjaga agama bagi masyarakat awam.

“Inisiatif mewujudkan Surau Jumaat di Bukit Bintang bukan sekadar tentang penyediaan ruang solat, tetapi adalah manifestasi maqasid syariah, menjaga Agama (hifz al-Din) bagi masyarakat awam. 

“Selagi mana pihak berkuasa agama memastikan syarat sah mengikut Mazhab Syafi‘i dipenuhi (terutamanya bilangan jemaah dan status kawasan), ia adalah langkah progresif yang sangat membantu bagi umat Islam di ibu kota,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.

Beliau mengulas cadangan kerajaan dalam mewujudkan surau Jumaat yang selesa di Bukit Bintang bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan ibadah di kawasan tumpuan pelancong itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr, Zulkifli Hasan menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata ketika ini kawasan tersebut mempunyai Oasis Outreach Bukit Bintang sebagai pusat gerakan.

Mengulas lanjut, Ariff berkata, inisiatif itu memberi kemudahan pelaksanaan kewajipan terutama di kawasan Bukit Bintang merupakan kawasan tumpuan yang sering dikunjungi pelancong dan pekerja. 

“Penyediaan Surau Jumaat mengurangkan beban ‘musafir’ atau pekerja yang mungkin sukar untuk ke Masjid yang jauh, sekali gus membolehkan mereka menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa,” katanya.

Menurutnya, kehadiran Surau Jumaat di ‘Shibuya’ Kuala Lumpur itu menjadi simbol syiar Islam yang hidup di tengah-tengah arus modenisasi sekali gus membuktikan bahawa tuntutan ibadah sentiasa mendepani pembangunan fizikal.

“Ia turut memberi optimalisasi ruang ibadah: Langkah ini selaras dengan pendekatan fiqh yang menggalakkan pemanfaatan ruang yang ada untuk ibadah selagi mana ia memenuhi syarat sah yang ditetapkan,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author