Connect with us

Terkini

Rakyat Malaysia disahkan maut dalam insiden bangunan runtuh di Filipina

Published

on

Foto: Sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal semalam di Bandar Angeles.
  • Seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal semalam di Bandar Angeles.
  • Dua puluh empat orang dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh itu, manakala dua lagi diselamatkan dari hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat insiden berkenaan.

MANILA – Seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di sebuah hotel apartmen berhampiran bangunan runtuh di Bandar Angeles, Pampanga, utara Filipina, disahkan meninggal dunia, menurut media tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.

Seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal semalam di Bandar Angeles.

Dua puluh empat orang dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh itu, manakala dua lagi diselamatkan dari hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat insiden berkenaan. – BERNAMA-XINHUA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author