Connect with us

Terkini

Melayu bukan rasis tapi kecewa, ‘fed up’ – Adrian Lim Chee En

Published

on

Foto: Pemerhati politik, Adrian Lim Chee En.
  • Pemerhati politik, Adrian Lim Chee En berkata, orang Melayu bukan bersikap rasis apabila mereka menentang sekeras-kerasnya pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), membantah penternakan babi tanpa kawalan, atau mendesak agar kaum Cina dan India membaca, bertutur serta menulis dalam bahasa Melayu dengan betul.
  • Menerusi satu hantaran di laman sosialnya, Adrian berkata, sebahagian masyarakat Cina enggan menerima hakikat itu disebabkan beberapa faktor kritikal termasuklah sifat bangga diri, ego dan jahil.
  • Beliau berpendapat, sifat bangga diri dan ego ini membuatkan segelintir masyarakat Cina berasa bahawa kekayaan material melambangkan kebijaksanaan, lalu memandang serong terhadap orang Melayu yang kurang berkemampuan.

KUALA LUMPUR – Penentangan masyarakat Melayu terhadap beberapa isu sensitif membabitkan tuntutan komuniti Cina bukan cerminan sikap rasis, sebaliknya merupakan manifestasi kekecewaan yang kini sudah mencapai ‘tahap kemuncak’.

Pemerhati politik, Adrian Lim Chee En berkata, orang Melayu bukan bersikap rasis apabila mereka menentang sekeras-kerasnya pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), membantah penternakan babi tanpa kawalan, atau mendesak agar kaum Cina dan India membaca, bertutur serta menulis dalam bahasa Melayu dengan betul. 

Menerusi satu hantaran di laman sosialnya, Adrian berkata, sebahagian masyarakat Cina enggan menerima hakikat itu disebabkan beberapa faktor kritikal termasuklah sifat bangga diri, ego dan jahil. 

Beliau berpendapat, sifat bangga diri dan ego ini membuatkan segelintir masyarakat Cina berasa bahawa kekayaan material melambangkan kebijaksanaan, lalu memandang serong terhadap orang Melayu yang kurang berkemampuan. 

“Malah, faktor kejahilan pula menyaksikan kelompok ini langsung tidak mempunyai rantaian persahabatan di luar lingkungan kaum mereka sendiri, melainkan interaksi terhad dengan pengawal keselamatan, pemandu Grab atau penjawat awam,” katanya.

Masyarakat Melayu dikatakan telah lama bersabar, namun Adrian mengingatkan bahawa sikap sabar itu tidak bermakna mereka tidak cakna dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. 

Beliau menyifatkan tindakan sekumpulan kecil individu yang bertindak sebagai pejuang kaum dalam mendesak agenda tertentu, seperti mengutamakan bahasa asing berbanding bahasa kebangsaan, sebagai satu tindakan yang tidak bijak kerana kesabaran majoriti mempunyai hadnya yang tersendiri.

Komuniti Cina juga diingatkan agar sentiasa sedar tentang realiti demografi negara di mana populasi mereka adalah kurang daripada 30 peratus, manakala majoriti mutlak adalah orang Melayu. 

Adrian menegaskan bahawa apa-apa sahaja agenda yang cuba dibawa oleh pejuang kaum tersebut tidak akan membuahkan hasil kerana setiap tindakan pasti akan mencetuskan tindak balas daripada baki 70 peratus populasi negara dan situasi di Semenanjung Malaysia hari ini adalah bukti jelas kepada impak tindak balas berkenaan.

Bagi membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak mempunyai kebencian kaum, Adrian menarik perhatian umum terhadap satu insiden kemalangan maut membabitkan seorang pemandu Melayu cuai yang mengorbankan seorang pelajar Cina berusia 18 tahun. 

Dalam insiden itu, tiada seorang pun warga Melayu yang mempertahankan pemandu terbabit, malah komuniti Melayu didapati lebih peka dan menzahirkan rasa simpati yang mendalam terhadap keluarga mangsa. 

Rentetan itu, beliau menyimpulkan bahawa orang Melayu bukanlah rasis, melainkan hanya berasa kecewa dan bosan (fed up) melihat sebahagian masyarakat Cina yang masih enggan berasimilasi dengan budaya nasional. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author