Connect with us

Terkini

Ops Mahir: JIM bongkar majikan warga China gaji PATI senegara secara haram

Published

on

Kredit: Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), serbuan yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya pada 12 Mei lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dibuat hasil risikan selama seminggu terhadap premis berkenaan.
  • Siasatan awal mendapati premis tersebut dipercayai dimiliki dan diuruskan oleh seorang majikan warga China yang didakwa sengaja menggaji warga asing terutama dari negara sama tanpa dokumen atau permit kerja sah.
  • Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 16 warga asing termasuk warga China dan Myanmar berusia antara 26 hingga 35 tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

SERI KEMBANGAN – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar kegiatan penggajian warga asing secara haram yang didakwa didalangi warga asing sendiri menerusi satu operasi khas dikenali sebagai Ops Mahir di sebuah kilang pengubahsuaian dan pembekal kusyen kereta di Seri Kembangan, Selangor.

Menurut JIM, serbuan yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya pada 12 Mei lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dibuat hasil risikan selama seminggu terhadap premis berkenaan.

Siasatan awal mendapati premis tersebut dipercayai dimiliki dan diuruskan oleh seorang majikan warga China yang didakwa sengaja menggaji warga asing terutama dari negara sama tanpa dokumen atau permit kerja sah.

“Ops Mahir berjaya menumpaskan kegiatan penggajian warga asing secara haram yang didalangi oleh warga asing sendiri,” menurut kenyataan JIM.

Dalam operasi tersebut, pasukan serbuan melibatkan 17 pegawai pelbagai pangkat telah memeriksa seramai 24 individu terdiri daripada 21 warga asing dan tiga warga tempatan.

Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 16 warga asing termasuk warga China dan Myanmar berusia antara 26 hingga 35 tahun atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, tiga Borang 29 saman kepada saksi turut dikeluarkan terhadap warga tempatan bagi membantu siasatan.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Jabatan Imigresen Malaysia menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa atau menyalahgunakan pas imigresen di negara ini.

Menurut jabatan itu, tindakan tegas juga akan diambil terhadap pihak yang menggaji atau melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author