Connect with us

Antarabangsa

Hindutva jadi “alat politik” BJP menang pilihan raya di India

Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa menggunakan “Hindutva” sebagai “alat politik” untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya di negara itu, kata Anggota Biro Politik CPI(M), Prakash Karat pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hindutva jadi "alat politik" BJP menang pilihan raya di India
Foto: Dari kiri, Narendra Modi (Perdana Menteri India), Amit Shah (Menteri Dalam Negeri)
  • Parti BJP didakwa menggunakan “Hindutva” sebagai “alat politik” bagi memenangi pilihan raya di negara itu, kata Anggota Biro Politik CPI(M), Prakash Karat.
  • Menurutnya, fahaman itu berjaya meningkatkan undi terhadap parti berkenaan terutamanya di kawsaan Gujarat dan Uttar Pradesh. 
  • Begitupun, ujarnya, masih terdapat sebilangan rakyat yang mempunyai rungutan terhadap BJP.

 

INDIA – Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa menggunakan “Hindutva” sebagai “alat politik” untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya di negara itu, kata Anggota Biro Politik CPI(M), Prakash Karat pada Selasa.

Menurutnya, fahaman itu berjaya meningkatkan undi terhadap parti berkenaan terutama di Gujarat dan Uttar Pradesh. 

Begitupun, ujarnya, masih terdapat sebilangan rakyat yang mempunyai rungutan terhadap BJP.

“Ini disebabkan penggunaan Hindutva sebagai alat politik. Bagaimanapun, polarisasi undi adalah kurang di Uttar Pradesh, itulah sebab mengapa bilangan kerusi mereka berkurangan,” katanya dipetik portal The Indian Express.

Hindutva merujuk kepada golongan nasionalis Hindu dan BJP sering dilihat sebagai lubuk pelampau Hindutva yang mahu menjadikan India negara Hindu sehingga menindas kelompok minoriti lain, termasuk Muslim dan Kristian.

 

Sumber: The Indian Express

Author