Connect with us

Terkini

Larangan eksport pasir sungai wajar dikekalkan – Greenpeace

Published

on

Foto: Wakil Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun.
  • Wakil Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun menegaskan, pengambilan pasir secara berlebihan bukan sahaja mengundang risiko hakisan tebing sungai yang serius malah mampu menjejaskan kualiti sumber air serta mengganggu habitat semula jadi.
  • Menurut beliau, aktiviti tersebut juga boleh memberi kesan kepada komuniti tempatan dan masyarakat Orang Asli yang bergantung kepada sungai sebagai sumber kehidupan.
  • “Setiap pembangunan perlu menghormati prinsip Free, Prior and Informed Consent (FPIC). Komuniti yang terkesan mesti diberi maklumat secara telus dan dilibatkan dalam setiap proses membuat keputusan,” ujar beliau ketika dihubungi.
  • Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menetapkan kawasan sensitif seperti kawasan tadahan air dan habitat biodiversiti penting sebagai ‘zon larangan’ (no-go zone) bagi sebarang aktiviti perlombongan.

KUALA LUMPUR – Larangan eksport pasir sungai di Pahang wajar dikekalkan bagi mengelakkan risiko kerosakan ekosistem.

Bercakap kepada The Merdeka Times, wakil Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun menegaskan, pengambilan pasir secara berlebihan bukan sahaja mengundang risiko hakisan tebing sungai yang serius malah mampu menjejaskan kualiti sumber air serta mengganggu habitat semula jadi.

Menurut beliau, aktiviti tersebut juga boleh memberi kesan kepada komuniti tempatan dan masyarakat Orang Asli yang bergantung kepada sungai sebagai sumber kehidupan.

“Setiap pembangunan perlu menghormati prinsip Free, Prior and Informed Consent (FPIC). Komuniti yang terkesan mesti diberi maklumat secara telus dan dilibatkan dalam setiap proses membuat keputusan,” ujar beliau ketika dihubungi.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan menetapkan kawasan sensitif seperti kawasan tadahan air dan habitat biodiversiti penting sebagai ‘zon larangan’ (no-go zone) bagi sebarang aktiviti perlombongan.

Mengulas mengenai gesaan pihak tertentu agar pengambilan pasir disegerakan bagi menangani krisis banjir tahunan di kawasan kritikal seperti Temerloh, Mentakab, dan Sungai Lembing, Kiah Chun mengakui bahawa isu tersebut memerlukan tindakan segera.

Namun, beliau memberi amaran agar langkah tersebut tidak dilakukan secara terburu-buru tanpa penilaian saintifik dan penilaian impak alam sekitar yang menyeluruh.  

“Pengambilan pasir secara tidak terkawal juga mengakibatkan masalah lain iaitu kesan terhadap ekosistem sungai, meningkatkan risiko hakisan tebing, menjejaskan biodiversiti dan komuniti setempat yang bergantung kepada sungai sebagai sumber kehidupan,” katanya.

Beliau menambah, pengurusan banjir tidak seharusnya tertumpu kepada pengambilan pasir semata-mata, sebaliknya perlu dilihat secara holistik. 

Katanya, faktor-faktor seperti kehilangan kawasan tadahan air, aktiviti pembalakan serta perubahan guna tanah yang tidak terkawal di kawasan sensitif dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada peningkatan risiko banjir di Pahang.

Mengambil iktibar daripada sejarah eksploitasi sumber yang tidak terkawal di Malaysia sebelum ini, Greenpeace menekankan bahawa melindungi sistem semula jadi adalah benteng terbaik dalam menghadapi krisis iklim.

“Kerajaan perlu mengutamakan pendekatan pengurusan sungai yang mampan, telus, dan berasaskan sains bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin tanpa mengorbankan keseimbangan alam sekitar,” tegas beliau.

Hari ini, The Merdeka Times melaporkan, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Malaysia (MHO), Daniel Khoo berkata, aktiviti eksport pasir sungai di Pahang dilihat tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada persekitaran sebaliknya ia merupakan satu keperluan mendesak bagi memulihkan kapasiti sungai.

Beliau berkata, beliau tidak melihat sebarang kerisauan terhadap ekosistem dalam pelaksanaan tersebut, malah mempertegaskan kepentingan mengorek pasir demi kelangsungan hidup rakyat.

Aktivis alam sekitar itu menekankan bahawa langkah tersebut perlu disegerakan bagi menangani bencana banjir tahunan yang saban tahun menghantui penduduk di kawasan kritikal seperti Temerloh, Mentakab dan Sungai Lembing. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author