Connect with us

Terkini

Libat urus Suruhanjaya Keharmonian Negara kecoh

Published

on

Foto: Pendakwah Bebas, Firdaus Wong (kiri) dan Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kanan).
  • Insiden tersebut dikatakan berpunca daripada tuduhan terbuka seorang peserta yang mendakwa bahawa selama ini keharmonian kaum tidak mempunyai masalah bersama orang Islam atau Melayu, sebaliknya menuduh golongan mualaf sebagai punca yang mencetuskan provokasi.
  • Kata-kata yang dikeluarkan individu itu sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peserta yang hadir.
  • Suasana tegang itu bagaimanapun berjaya diredakan hasil campur tangan beberapa pihak termasuk anggota polis yang bertindak mengawal keadaan.
  • Mengulas berhubung insiden tersebut, Pengerusi Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Firdaus Wong Wai Hung berkata, pihak penganjur sepatutnya mengambil peluang untuk menghalau individu tersebut keluar kerana tindakan itu sendiri adalah punca kepada ketidakharmonian.

KUALA LUMPUR – Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 yang berlangsung di sini hari ini bertukar panas apabila berlaku pertikaman lidah dan kekecohan kecil antara peserta yang hadir.

Insiden tersebut dikatakan berpunca daripada tuduhan terbuka seorang peserta yang mendakwa bahawa selama ini keharmonian kaum tidak mempunyai masalah bersama orang Islam atau Melayu, sebaliknya menuduh golongan mualaf sebagai punca yang mencetuskan provokasi.

Kata-kata yang dikeluarkan individu itu sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peserta yang hadir.

Suasana tegang itu bagaimanapun berjaya diredakan hasil campur tangan beberapa pihak termasuk anggota polis yang bertindak mengawal keadaan. 

Mengulas berhubung insiden tersebut, Pengerusi Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Firdaus Wong Wai Hung berkata, pihak penganjur sepatutnya mengambil peluang untuk menghalau individu tersebut keluar kerana tindakan itu sendiri adalah punca kepada ketidakharmonian.

“Apa yang berlaku ialah seorang individu telah ke mikrofon dan menuduh bahawa selama ini tiada masalah dengan orang Islam atau Melayu, sebaliknya golongan yang memeluk Islam (converted) inilah yang mencetuskan masalah.

“Ini adalah serangan peribadi (personal attack). Apabila serangan sedemikian berlaku, pihak penganjur sepatutnya mengambil peluang untuk menghalau individu tersebut keluar kerana tindakan itu sendiri adalah punca kepada ketidakharmonian,” tegasnya.

Jelasnya, ia berbeza dengan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang membentangkan hujah berasaskan fakta tanpa sebarang pelabelan atau serangan peribadi.

“Kami membentangkan fakta dan memanggil sesuatu perkara itu mengikut lunas undang-undang (call a spade a spade). Jadi, adakah (provokasi) ini keharmonian yang kita mahukan?

“Jika itu bukan ucapan kebencian, maka apa lagi? Cuba bayangkan jikalau subjek kenyataan itu diubah kepada kaum atau agama lain, apakah yang akan berlaku? Sekiranya tiada tindakan tegas diambil, ia membuktikan Suruhanjaya Keharmonian Nasional telah gagal dari awal…” tegas beliau.

Beliau turut mendedahkan bahawa individu yang mencetuskan kekecohan tersebut merupakan individu sama yang pernah membuat ugutan jenayah terhadapnya sebelum ini.

Menurut beliau, walaupun kes berkenaan telah disiasat selama hampir setahun, namun sehingga kini masih belum ada sebarang pendakwaan dilakukan terhadap pihak terlibat. 

“Sedangkan individu tersebut mengaku dalam videonya bahawa dia mahu memukul saya,” soal beliau lagi.

Sementara itu, Naib Pengerusi GARAH, Prof. Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut mengesahkan gangguan yang sama ketika beliau sedang memberikan pandangan dalam sesi tersebut.

“Saya orang kedua yang bercakap. Masa saya bercakap pun dia dah kacau. Kemudian dia pula bercakap dan buat serangan peribadi. Dia kata mualaf ni nak jadi jaguh pada Melayu dan sebagainya. Saya nak sebut kepada dia, kita bukan nak jadi jaguh pun. Kita hanya berkata benar dan mempertahankan hak. Itu sahaja,” katanya.

Beliau menambah, individu yang cenderung mencetuskan provokasi sedemikian sepatutnya tidak dijemput ke sesi libat urus yang bersifat profesional. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author