Connect with us

Terkini

Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami

Published

on

Foto: Program motivasi rumah tangga eHati.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap.
  • “Kita percaya dua suspek masih berada di luar Malaysia dan tindakan sewajarnya telah diambil pihak polis untuk memastikan jika (mereka) dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dilakukan,” katanya.

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati dan suaminya yang dipercayai berada di luar negara.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihak Interpol akan memaklumkan PDRM jika dua suspek itu ditangkap.

“Kita percaya dua suspek masih berada di luar Malaysia dan tindakan sewajarnya telah diambil pihak polis untuk memastikan jika (mereka) dikesan di negara-negara berkaitan, tangkapan dapat dilakukan,” katanya. 

Shazeli berkata demikian pada sidang media kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini. 

Pada 14 November tahun lepas, Shazeli berkata, pengasas program motivasi kontroversi eHati dan suaminya dipercayai melarikan diri ke luar negara sehari sebelum pertuduhan terhadap mereka dibuat di mahkamah. 

Semasa itu, pasangan tersebut dipercayai berada di sebuah negara di Asia Tenggara. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author