Connect with us

Terkini

Trump cuba guna kod nuklear?

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump.
  • Perkara itu didedahkan penganalisis Agensi Risikan Pusat (CIA) yang sudah bersara, Larry Johnson menerusi program audio siar, Judging Freedom di YouTube.
  • “Kejadian itu berlaku ketika mesyuarat tergempar pada akhir minggu lalu. Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera AS, Jeneral Dan Caine menggunakan keistimewaan beliau untuk melarang Trump hingga menjadi satu pertikaian agak besar. “Ada beberapa insiden pelik berlaku di Washington DC. Masih tidak jelas tujuan sebenar Presiden mahukan kod nuklear tersebut,” ujarnya.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang semakin gila berperang didakwa telah dinafikan akses kepada kod nuklear negaranya oleh seorang pegawai kanan tentera.

Perkara itu didedahkan penganalisis Agensi Risikan Pusat (CIA) yang sudah bersara, Larry Johnson menerusi program audio siar, Judging Freedom di YouTube.

“Kejadian itu berlaku ketika mesyuarat tergempar pada akhir minggu lalu. Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera AS, Jeneral Dan Caine menggunakan keistimewaan beliau untuk melarang Trump hingga menjadi satu pertikaian agak besar. 

“Ada beberapa insiden pelik berlaku di Washington DC. Masih tidak jelas tujuan sebenar Presiden mahukan kod nuklear tersebut,” ujarnya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Pendedahan itu muncul selepas Trump dilaporkan telah dilarang memasuki Bilik Situasi oleh penasihat tentera ketika perbincangan operasi di Iran sedang berlangsung.

Pemimpin Republikan itu dikecualikan daripada mesyuarat tersebut kerana bimbang jika beliau membuat keputusan secara melulu sekali lagi.

Ketika insiden jet pejuang AS ditembak jatuh Teheran pada awal bulan lalu, Trump didakwa mengamuk dan memarahi staf di Sayap Barat di Rumah Putih kerana bimbang krisis tebusan Iran pada 1979 kembali berulang. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author