Terkini
Trump jangka lakar “perjanjian hebat” dengan Iran, tidak mungkin lanjut gencatan senjata
- “Saya rasa mereka tidak mempunyai pilihan,” kata Presiden AS, Donald Trump kepada CNBC dalam satu temu bual, lapor Xinhua.
- “Secara jujurnya, tindakan kami menyingkirkan pemimpin mereka telah merumitkan keadaan dalam satu aspek, namun barisan kepimpinan yang ada sekarang jauh lebih rasional,” katanya.
WASHINGTON – Presiden AS, Donald Trump semalam berkata, beliau menjangkakan Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan “berakhir dengan perjanjian yang hebat”, sambil menambah bahawa beliau tidak menjangkakan untuk melanjutkan gencatan senjata yang dijadualkan tamat pada Rabu ini.
“Saya rasa mereka tidak mempunyai pilihan,” kata Trump kepada CNBC dalam satu temu bual, lapor Xinhua.
“Secara jujurnya, tindakan kami menyingkirkan pemimpin mereka telah merumitkan keadaan dalam satu aspek, namun barisan kepimpinan yang ada sekarang jauh lebih rasional.”
Ditanya sama ada beliau akan melanjutkan gencatan senjata untuk memberi masa untuk rundingan damai, Trump berkata, “Saya tidak mahu berbuat demikian.” – BERNAMA-XINHUA
Please follow and like us:
Teruskan Membaca