Connect with us

Antarabangsa

Perusuh rosakkan gereja di Chhattisgarh, cederakan pegawai polis

Sekumpulan penunjuk perasaan didakwa merosakkan sebuah gereja di Chhattisgarh, India dan menyerang anggota polis yang cuba menenangkan mereka pada Isnin petang. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perusuh rosakkan gereja di Chhattisgarh, cederakan pegawai polis
Foto: Gambar sekadar hiasan.

NARAYANPUR- Sekumpulan penunjuk perasaan didakwa merosakkan sebuah gereja di Chhattisgarh, India dan menyerang anggota polis yang cuba menenangkan mereka pada Isnin petang. 

Supritendan Polis Narayanpur (SP) Sadanand Kumar dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala anggota lain cedera ringan.

Bercakap kepada media dari hospital tempat dia dirawat, Sadanand Kumar berkata, sebelum diserang, kumpulan perusuh itu dipanggil untuk menemui pihak polis.

“Kami merayu kepada mereka untuk memastikan protes itu aman. Tetapi ada di antara mereka memilih kekerasan dan menyerang gereja.

“Selepas mendapat maklumat ini, saya tiba di sana bersama pasukan saya dan cuba menghalang perusuh serta meyakinkan mereka. 

“Tiba-tiba seseorang memukul saya dari belakang dan saya cedera, namun, kami bertindak dengan sabar dan berjaya menyuraikan orang ramai. Kami akan mengambil tindakan undang-undang berkenaan kes ini,” katanya dipetik The Indian Express.

Menurut salah seorang pegawai polis, kejadian berlaku antara pukul 1 dan 2 petang apabila kumpulan itu berhimpun berhampiran sekolah Viswadeepti dan mula merosakkan sebuah gereja di premisnya.

“Apabila SP mengetahui mengenainya dia dan pasukannya bergegas ke sana untuk menghentikan keganasan dan diserang,” katanya.

Selasa lalu, patung bayi Jesus di gereja di Karnataka didakwa dirosakkan kumpulan penunjuk perasaan tidak dikenali yang turut mencuri wang dari tabung derma.

Insiden itu berlaku di Gereja St Mary di Periyapatna daerah Mysuru dan ia diklasifikasikan sebagai kes kecurian oleh pihak polis.

Sumber: The Indian Express

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *