Connect with us

Terkini

Adakah Malaysia bersedia berhadapan gelombang baharu Covid-19? – Dr Dzulkefly Ahmad

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad membangkitkan persoalan sama ada kerajaan sudah bersedia untuk berhadapan dengan gelombang baharu Covid-19 dari China, berikutan situasinya yang dilihat masih kritikal.

Published

on

Adakah Malaysia bersedia berhadapan gelombang baharu Covid-19? - Dr Dzulkefly Ahmad
Foto: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
  • Ramai rakyat negara China disahkan positif Covid-19 di Itali ketika pemeriksaan dibuat di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
  • Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad membangkitkan persoalan sama ada kerajaan sudah bersedia untuk berhadapan dengan gelombang baharu itu.
  • “Adakah Malaysia bersedia?” soalnya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

SHAH ALAM – Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad membangkitkan persoalan sama ada kerajaan sudah bersedia untuk berhadapan dengan gelombang baharu Covid-19 dari China, berikutan situasinya yang dilihat masih kritikal.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, ramai rakyat negara berkenaan disahkan positif di Itali sejurus satu pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.

“Adakah Malaysia bersedia?” soalnya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.

Memetik laporan antarabangsa, Malaysia merupakan antara 10 negara pilihan rakyat China untuk melancong menerusi carian di laman web Trip.com Group.

Pengendali laman web berkenaan turut menyenaraikan beberapa negara lain yang menjadi pilihan warga tersebut seperti Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, United Kingdom, Macau dan Hong Kong.

Sebelum ini, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Isnin mengumumkan pelancong yang tiba ke negara itu tidak lagi perlu dikuarantin bermula 8 Januari depan sekali gus menamatkan polisi hampir tiga tahun.

Pihak berkuasa juga memaklumkan, warganya turut dibenar untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan.

Sumber: Sinar Harian

 

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author