Connect with us

Terkini

Reman 2 hari Tamim Dahri diketepikan, Mahkamah Tinggi arah bebas serta-merta

Published

on

Foto: Aktivis Tamim Dahri.
  • Aktivis Tamim Dahri dan tiga rakannya dibebaskan serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan semakan terhadap perintah reman yang sebelum ini dikeluarkan Mahkamah Majistret.
  • Perkembangan itu dimaklumkan peguam Muhammad Hariz Yusoff menerusi satu hantaran di Facebook, yang menyatakan permohonan semakan terhadap keputusan reman telah difailkan kira-kira empat jam sebelum keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

SHAH ALAM – Aktivis Tamim Dahri dan tiga rakannya dibebaskan serta-merta selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan semakan terhadap perintah reman yang sebelum ini dikeluarkan Mahkamah Majistret.

Perkembangan itu dimaklumkan peguam Muhammad Hariz Yusoff menerusi satu hantaran di Facebook, yang menyatakan permohonan semakan terhadap keputusan reman telah difailkan kira-kira empat jam sebelum keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

Menurut beliau, semakan berkenaan dibuat bagi meneliti pematuhan terhadap Seksyen 117 dan Seksyen 119 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), serta Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh hak kebebasan diri.

Tamim dan tiga individu lain sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung kerja-kerja pembersihan tanah yang dijalankan pada awal pagi sehari sebelumnya.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat, Seksyen 504 kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat mencetuskan pecah keamanan, serta Seksyen 295 kerana didakwa mencemarkan tempat ibadat.

Tangkapan dibuat susulan satu laporan polis oleh seorang individu yang mendakwa sebagai pemilik sebuah kuil yang terletak di atas tanah berkenaan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author