Terkini
Isu kuil haram, Di mana suara ahli politik Muslim? – Firdaus Wong
- Pendakwah bebas, Firdaus Wong mengeluarkan peringatan terbuka kepada ahli politik Muslim berhubung isu penguatkuasaan terhadap dakwaan binaan kuil tidak berstatus sah di Selangor, sambil mempersoalkan pendirian mereka dalam mempertahankan aktivis yang disifatkannya sebagai memperjuangkan kedaulatan undang-undang.
- “Kami di GARAH bukannya gerakan politik dan tiada kepentingan politik tetapi PRU akan datang, nama-nama anda yang tidak berani menyuarakan sokongan kepada GARAH atau berdiam diri tanpa mengira parti mana sekalipun kami akan mengingatkan kepada para pengundi tentang sikap anda dalam isu ini & menggesa pengundi untuk tidak mengundi anda. Rakan sekutu anda berani mempertahankan penceroboh & pembinaan rumah anutan haram tetapi anda takut mempertahankan mereka yang ingin mendaulatkan undang-undang?,” tegas beliau.
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mengeluarkan peringatan terbuka kepada ahli politik Muslim berhubung isu penguatkuasaan terhadap dakwaan binaan kuil tidak berstatus sah di Selangor, sambil mempersoalkan pendirian mereka dalam mempertahankan aktivis yang disifatkannya sebagai memperjuangkan kedaulatan undang-undang.
Dalam kenyataan di Facebook, beliau mendakwa terdapat ahli politik daripada pelbagai parti yang menurutnya tampil mengeluarkan kenyataan menyokong pihak yang didakwa melakukan pencerobohan atau pembinaan tanpa kelulusan.
Beliau mempersoalkan mengapa tiada suara lantang dalam kalangan ahli politik Muslim yang mempertahankan aktivis seperti Tamim Dahri dan gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH).
Firdaus turut membangkitkan persoalan sama ada kebimbangan kehilangan undi menjadi faktor sesetengah ahli politik memilih untuk berdiam diri.
“Kami di GARAH bukannya gerakan politik dan tiada kepentingan politik tetapi PRU akan datang, nama-nama anda yang tidak berani menyuarakan sokongan kepada GARAH atau berdiam diri tanpa mengira parti mana sekalipun kami akan mengingatkan kepada para pengundi tentang sikap anda dalam isu ini & menggesa pengundi untuk tidak mengundi anda.
“Rakan sekutu anda berani mempertahankan penceroboh & pembinaan rumah anutan haram tetapi anda takut mempertahankan mereka yang ingin mendaulatkan undang-undang?,” tegas beliau.
Kenyataan tersebut dibuat dalam konteks polemik berhubung dakwaan kewujudan 687 kuil yang disebut dalam titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, serta tindakan penguatkuasaan yang menyaksikan beberapa aktivis ditahan sebelum ini.
Dalam kenyataan sama, Firdaus menegaskan bahawa isu berkenaan bukan soal perkauman atau agama, sebaliknya isu pematuhan undang-undang.
Beliau turut mengingatkan penyokong agar tidak terpengaruh dengan provokasi dan terus bertindak dalam batas undang-undang.-The Merdeka Times