Connect with us

Terkini

Pasangan kekasih disebat 140 kali kerana berzina, minum arak

Published

on

Foto: Seorang lelaki dan seorang wanita di Aceh, Indonesia, dijatuhi hukuman sebat 140 kali masing-masing.
  • Hukuman itu dipercayai antara yang paling berat sejak wilayah itu menguatkuasakan undang-undang syariah.
  • Pasangan tersebut, seorang lelaki dan seorang wanita, disebat dengan rotan di sebuah taman awam sambil disaksikan orang ramai.
  • Menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian. Wanita itu pengsan selepas dikenakan hukuman dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

BANDA ACEH – Seorang lelaki dan seorang wanita di Aceh, Indonesia, dijatuhi hukuman sebat 140 kali masing-masing kerana melakukan hubungan seks di luar perkahwinan dan meminum arak, menurut laporan AFP yang dipetik The Guardians.

Hukuman itu dipercayai antara yang paling berat sejak wilayah itu menguatkuasakan undang-undang syariah.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan  undang-undang syariah yang mengharamkan hubungan seksual antara pasangan yang tidak berkahwin dengan hukuman berat bagi kesalahan berkenaan.

Pasangan tersebut, seorang lelaki dan seorang wanita, disebat dengan rotan di sebuah taman awam sambil disaksikan orang ramai.

Menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian. Wanita itu pengsan selepas dikenakan hukuman dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Jumlah keseluruhan sebatan yang diterima pasangan tersebut adalah 140 kali, 100 kali kerana melakukan hubungan seks luar nikah dan 40 kali kerana meminum arak, kata ketua polis syariah Banda Aceh, Muhammad Rizal, kepada AFP.

Ia dianggap sebagai  jumlah sebatan rotan tertinggi yang dikenakan sejak syariah dilaksanakan selepas Aceh diberikan autonomi khas pada tahun 2001.

Pasangan tersebut antara enam orang yang dihukum sebat kerana melanggar kod Islam.

Ia termasuk seorang pegawai polis syariah dan pasangannya, yang ditangkap berdua-duaan di tempat peribadi dan menerima 23 sebatan setiap seorang.


“Seperti yang dijanjikan, kami tidak membuat sebarang pengecualian, terutama sekali untuk anggota kami sendiri. Ini pastinya mencemarkan nama kami,” kata Muhammad

Hukuman sebat dilaksanakan di Aceh untuk menghukum pelbagai kesalahan, termasuk perjudian, meminum alkohol, melakukan hubungan seks sejenis dan hubungan seksual luar nikah.

Pada 2025, dua lelaki dihukum sebat secara terbuka sebanyak 76 kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah melakukan hubungan seks oleh mahkamah syariah. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author