Terkini
Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
- Legenda perniagaan, Tan Sri Robert Kuok berada di puncak dengan nilai bersih kekayaan berjumlah RM46.23 bilion. Sumber kekayaan beliau menerusi Agribisnes, perhotelan, perkapalan serta hartanah.
- Di tangga kedua pula dengan nilai bersih RM39.74 bilion ialah adalah tokoh kewangan berprofil tinggi, Tan Sri Quek Leng Chan. Sumber kekayaannya menerusi perbankan dan hartanah menerusi syarikat perbankan Hong Leong Group.
- Sementara itu, waris pengasas Public Bank iaitu adik-beradik Teh, terus mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dengan nilai bersih kekayaan mencecah RM23.92 bilion.
KUALA LUMPUR – Dalam laporan terkini oleh Forbes yang dimuat naik oleh Ekonomi Rakyat di Facebook memaparkan 10 individu terkaya di Malaysia dan tiada wakil dari Bumiputera tersenarai bagi tahun 2025.
Legenda perniagaan, Tan Sri Robert Kuok berada di puncak dengan nilai bersih kekayaan berjumlah RM46.23 bilion. Sumber kekayaan beliau menerusi Agribisnes, perhotelan, perkapalan serta hartanah.
Robert Kuok mempunyai empayar perniagaannya yang dikendalikannya dalam Kuok group antaranya seperti Shangri-La Group, PPB Group dan lain-lain.
Di tangga kedua pula dengan nilai bersih RM39.74 bilion ialah adalah tokoh kewangan berprofil tinggi, Tan Sri Quek Leng Chan. Sumber kekayaannya menerusi perbankan dan hartanah menerusi syarikat perbankan Hong Leong Group.
Sementara itu, waris pengasas Public Bank iaitu adik-beradik Teh, terus mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dengan nilai bersih kekayaan mencecah RM23.92 bilion.
Dalam pada itu, hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya berada di kedudukan keempat dengan nilai bersih sebanyak RM21.9 bilion.
Menghuni di tangga kelima pula ialah keluarga Krishnan, waris kepada mendiang jutawan Tan Sri Ananda Krishnan yang merekodkan nilai bersih sebanyak RM21.49 bilion, dengan sumber kekayaan telekomunikasi, media, penyedia perkhidmatan medan minyak bersama syarikat Usaha Tegas (Maxis, Astro Malaysia Holdings dan Bumi Armada).
Di tangga keenam, Lee Yeow Chor dan Yeow Seng dengan nilai bersih sebanyak RM21.09 bilion; ketujuh, Francis yeoh bersaudara RM14.60 bilion.
Pengasas kepada rangkaian runcit 99 Speedmart, Lee Thiam Wah di tangga kelapan, dengan nilai bersih kekayaan sebanyak RM14.19 bilion; kesembilan, Jeffrey Cheah dengan nilai kekayaan Rm13.17 bilion bersama syarikat Sunway Group; dan di tangga kesepuluh, dihuni Cha Song Kun dan Keluarga dengan nilai bersih kekayaan sebanyak RM9.33 bilion. – The Merdeka Times