Connect with us

Terkini

20 tahun PAAB, Reformasi industri air negara selesai hutang RM7.6 bilion

Published

on

Foto: Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
  • Dalam forum media hari ini, PAAB memaklumkan  reformasi industri perkhidmatan air negara mencatat detik penting apabila 10 pengendali air negeri menandatangani Perjanjian Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air, sekaligus membolehkan pemindahan kuasa bekalan air daripada kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan.
  • Langkah  itu bukan sahaja menstruktur semula tadbir urus air negara, malah berjaya menyelesaikan hutang tertunggak kerajaan negeri berjumlah RM7.6 bilion pada tahun 2005 yang merupakan satu beban kewangan besar yang sekian lama mengekang keupayaan industri air untuk berkembang secara mapan.

KUALA LUMPUR – Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) menyifatkan reformasi industri perkhidmatan air negara sebagai antara langkah penting yang bukan sahaja memperkemas tadbir urus sektor air, malah turut menyelesaikan RM7.6 bilion hutang tertunggak negeri pada 2005, selaras agenda penstrukturan semula industri air di peringkat Persekutuan.

Perkara itu dimaklumkan PAAB sempena pelancaran logo Ulang Tahun ke-20, sebagai tanda aras penting menjelang dua dekad penubuhan organisasi itu, dengan sambutan rasmi ulang tahun dijadualkan pada 5 Mei depan.

Dalam forum media hari ini, PAAB memaklumkan  reformasi industri perkhidmatan air negara mencatat detik penting apabila 10 pengendali air negeri menandatangani Perjanjian Penstrukturan Industri Perkhidmatan Air, sekaligus membolehkan pemindahan kuasa bekalan air daripada kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan.

Langkah  itu bukan sahaja menstruktur semula tadbir urus air negara, malah berjaya menyelesaikan hutang tertunggak kerajaan negeri berjumlah RM7.6 bilion pada tahun 2005 yang merupakan satu beban kewangan besar yang sekian lama mengekang keupayaan industri air untuk berkembang secara mapan.

Perjanjian berkenaan turut menangani isu-isu berlarutan dalam sektor air, termasuk tekanan aliran tunai pengendali, kadar tarif air yang tidak mencerminkan kos sebenar, serta keperluan pembiayaan jangka panjang dianggarkan mencecah RM110 bilion dalam tempoh 50 tahun bagi memastikan kelestarian, pemulihan kos sepenuhnya dan keselamatan bekalan air negara.

Dalam kerangka reformasi ini, PAAB memainkan peranan teras sebagai pemangkin kestabilan industri dan sebagai syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), PAAB diberi mandat untuk membangunkan dan membiayai aset infrastruktur air di seluruh Semenanjung Malaysia.

Aset yang dibangunkan merangkumi loji rawatan air, empangan dan takungan, serta rangkaian paip utama.

Kesemua aset ini kemudiannya dipajak kepada pengendali air negeri melalui perjanjian jangka panjang, manakala tanggungjawab rawatan dan pengagihan air kepada pengguna kekal di bawah pengendali masing-masing.

Sehingga kini, PAAB telah melaburkan sebanyak RM22.436 bilion dalam pembangunan infrastruktur air nasional sepanjang hampir dua dekad penubuhannya.

Pelaburan berterusan ini mencerminkan komitmen jangka panjang PAAB dalam memperkukuh ekosistem infrastruktur air negara, khususnya dalam meningkatkan rizab air terawat, mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (non-revenue water), serta mempertingkat daya tahan sistem bekalan air menghadapi pertumbuhan permintaan dan perubahan iklim.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author