Connect with us

Terkini

‘NUJM kecam keras tindakan intimidasi wartawan oleh pemimpin GLC’

Published

on

Foto: NUJM
  • Setiausaha Agung NUJ, Teh Athira Mohd Yusof berkata pihaknya  tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menekan, mengugut atau menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka dengan bebas, selamat dan beretika.
  • “NUJM memandang serius insiden ini apabila individu berpangkat tinggi itu bertindak mempertikai dan mempersoal pertanyaan wartawan yang menyentuh satu kejadian di sebuah negeri, meskipun soalan itu dijawab dengan baik dan berhemah oleh menteri berkenaan.” katanya.
  • Lebih membimbangkan, kata beliau, NUJM dimaklumkan individu kenamaan itu bertindak menarik kad media wartawan berkenaan secara kasar sejurus menteri meninggalkan sidang akhbar, di hadapan pengamal media lain.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan menekan, mengugut atau menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka dengan bebas, selamat dan beretika.

Setiausaha Agung NUJ, Teh Athira Mohd Yusof berkata pihaknya mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pemimpin sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang didakwa melakukan intimidasi secara terbuka terhadap seorang wartawan akhbar, yang juga ahli NUJM, semasa satu sidang media yang dihadiri seorang menteri pada Isnin lalu.

“NUJM memandang serius insiden ini apabila individu berpangkat tinggi itu bertindak mempertikai dan mempersoalkan pertanyaan wartawan yang menyentuh satu kejadian di sebuah negeri, meskipun soalan itu dijawab dengan baik dan berhemah oleh menteri berkenaan. 

“Tindakan sedemikian jelas tidak wajar, tidak profesional dan bercanggah dengan prinsip kebebasan media,” katanya dalam satu kenyataan.

Lebih membimbangkan, kata beliau, NUJM dimaklumkan individu kenamaan itu bertindak menarik kad media wartawan berkenaan secara kasar sejurus menteri meninggalkan sidang akhbar, di hadapan pengamal media lain.

“Perbuatan ini bukan sahaja bersifat intimidasi, malah boleh ditafsirkan sebagai cubaan menakut-nakutkan wartawan dalam menjalankan tugas rasmi.

“Tindakan ini turut mengejutkan kakitangan agensi berkenaan sendiri yang berada di lokasi sidang akhbar,” jelasnya.

Menurut Teh Athira, sehingga kini tiada sebarang permohonan maaf atau penjelasan rasmi yang setimpal dikemukakan individu terbabit kepada wartawan berkenaan, kecuali permohonan maaf daripada kakitangan agensi yang menyaksikan insiden tersebut.

Tambahnya, pihak agensi juga didakwa hanya menghubungi pihak pengurusan tertinggi organisasi media wartawan terbabit.

Beliau menegaskan, sebarang bentuk intimidasi, ancaman atau penyalahgunaan kuasa terhadap wartawan di lapangan adalah sama sekali tidak boleh diterima.

“Wartawan menjalankan tugas berdasarkan tanggungjawab profesional dan arahan editorial, bukannya untuk menyenangkan mana-mana pihak berkepentingan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan peranan media sebagai pemantau kuasa dan sumber maklumat kepada rakyat merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.

“Sebarang tindakan tidak beretika oleh mana-mana kenamaan kerajaan bukan sahaja mencabuli kebebasan media, malah mencemarkan imej Kerajaan Madani yang selama ini menzahirkan komitmen terhadap keterbukaan, ketelusan dan penghormatan kepada media sebagai ‘kuasa ketiga’ demokrasi,” ujarnya.

Sehubungan itu, NUJM menuntut penjelasan daripada pihak agensi terbabit kepada wartawan berkenaan serta menggesa kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author