Connect with us

Terkini

“Peranan Pemuda UMNO pendesak, ‘loceng kecemasan’. Akmal, teruskan keberanian kamu,” – Tok Mat

Published

on

Foto: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terus kekalkan keberanian dalam menyuarakan isu-isu rakyat.
  • “Kepada pemuda, pemuda ni pendesak, pemantau bangsa dan loceng kecemasan. Saya tahu Dr. Akmal dan semua pemuda telah menjeritkan hal isu rakyat dalam konvensyen pemuda baru-baru ini.
  • “Ada pihak mengatakan pemuda biadab? Ada, bukan tak ada. Biar saya katakan, jawapannya tidak. Tugas Pemuda memang menjadi pembingit dan rebelis,” katanya.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terus kekalkan keberanian dalam menyuarakan isu-isu rakyat.

Menurut beliau, ketegasan Pemuda UMNO menyuarakan isu rakyat dalam konvensyen khas sayap itu baru-baru ini tidak wajar dipandang sebagai biadab.

Tambah beliau, peranan pemuda sememangnya sebagai pendesak, pemantau bangsa serta ‘loceng kecemasan’ kepada parti dan negara, justeru keberanian yang ditunjukkan tidak seharusnya disalah tafsir.

“Kepada pemuda, pemuda ni pendesak, pemantau bangsa dan loceng kecemasan. Saya tahu Dr. Akmal dan semua pemuda telah menjeritkan hal isu rakyat dalam konvensyen pemuda baru-baru ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mengulas kritikan sesetengah pihak yang melabelkan Pemuda UMNO sebagai biadab, Mohamad menegaskan dakwaan itu tidak berasas dan tidak wajar.

“Ada pihak mengatakan Pemuda biadab? Ada, bukan tak ada. Dalam ini pun ada yang kata kamu semua biadab.

“Biar saya katakan, jawapannya tidak. Tugas Pemuda memang menjadi pembingit dan rebelis,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa keberanian Pemuda adalah elemen penting dalam memastikan suara rakyat terus didengari oleh kepimpinan parti.

Dalam nada berseloroh tetapi penuh makna, Mohamad turut menitipkan pesanan agar Dr. Akmal teruskan keberanian itu bagi menyuarakan isu rakyat.

“Donga (Dengar) cakap abang kau ni baik-baik. Teruskan keberanian kamu,” katanya – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author