Terkini
Firdaus Wong bidas naratif ‘apartheid’ di Malaysia : “Berapa Cina dihalau Melayu?”
- Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan tindakan seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT) yang didakwa mengaitkan polisi apartheid Israel terhadap Palestin dengan layanan orang Melayu terhadap masyarakat Cina di Malaysia, sambil menyifatkan perbandingan itu sebagai tidak berasas dan tidak intelektual.
- “Wartawan FMT juga perlu berfikir lebih kritis tentang soalannya dengan bertanya, berapakah ramai orang Cina di Malaysia yang telah dihalau keluar dari rumah mereka sendiri oleh orang Melayu dan merampas secara tidak sah?,” soal beliau.
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan tindakan seorang wartawan Free Malaysia Today (FMT) yang didakwa mengaitkan polisi apartheid Israel terhadap Palestin dengan layanan orang Melayu terhadap masyarakat Cina di Malaysia, sambil menyifatkan perbandingan itu sebagai tidak berasas dan tidak intelektual.
Firdaus berkata, beliau merujuk kepada hantaran bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yang memuji ucapan pemimpin Parti Pekerja Britain, George Galloway, berkaitan isu konflik dan genosid di Gaza.
Namun menurut Firdaus, ketika sesi soal jawab, seorang wakil FMT didakwa bertanyakan kepada Galloway samada polisi apartheid Israel “menyerupai cara orang Melayu melayan orang Cina di Malaysia”.
Walaupun menegaskan bahawa wartawan berhak bertanya soalan kritikal dan tidak wajar diugut, Firdaus menekankan bahawa kebebasan bertanya bukan lesen untuk melemparkan soalan yang kelihatan kritikal tetapi tidak disertakan fakta dan kajian mencukupi.
Sebagai reaksi terhadap soalan tersebut, Firdaus turut membangkitkan beberapa persoalan balas, khususnya berhubung dakwaan wujud penindasan sistemik Melayu terhadap Cina di negara ini.
“Wartawan FMT juga perlu berfikir lebih kritis tentang soalannya dengan bertanya, berapakah ramai orang Cina di Malaysia yang telah dihalau keluar dari rumah mereka sendiri oleh orang Melayu dan merampas secara tidak sah?,” soal beliau.
Firdaus juga menyindir perbandingan yang dibuat dengan mengemukakan persoalan, berapa ramai rakyat Gaza yang boleh menanam ‘durian’ di tanah Israel selama berpuluh tahun tanpa perlu membayar cukai dan tidak dikenakan tindakan malahan berani melawan pihak berkuasa Israel yang cuba mengambil tanah milik kerajaan Israel?.
Selain itu, beliau menyoal kewajaran menyamakan Malaysia dengan polisi sekatan Israel melalui pertanyaan, berapa ramai orang Cina yang diletakkan di dalam satu kawasan yang keluar masuk mereka dari atau kepada kawasan lain memerlukan mereka melalui sekatan jalan dan pemeriksaan oleh orang Melayu?.
Dalam hantaran sama, Firdaus turut mempertikai aspek sosial-ekonomi yang menurutnya bercanggah dengan naratif penindasan Melayubapabila beliau membandingkan kedudukan tokoh ekonomi masyarakat Cina di Malaysia dengan realiti penduduk Gaza di bawah sekatan.
Beliau juga mendakwa soalan seperti itu sering diulang dalam masyarakat sehingga menimbulkan naratif bahawa satu pihak dilihat “paling terzalimi” dan “paling tertindas”.
“Setahu saya, apa yang ditanya oleh wartawan FMT tersebut adalah sesuatu yang banyak diulang di dalam masyarakat. Merekalah bangsa paling terzalimi, paling tertindas tetapi pada masa yang sama merekalah bangsa terpaling toleransi, paling harmoni paling sabar.
“Atau sebenarnya mereka itu adalah bangsa terpaling tidak bersyukur dan terpaling tamak?,” tegas beliau.
Firdaus turut mengaitkan isu berkenaan dengan beberapa kontroversi lama membabitkan kenyataan tokoh tertentu yang menurutnya pernah menyentuh sensitiviti kaum dan agama, termasuk yang didakwa memperlekeh identiti Melayu-Islam serta menimbulkan persepsi negatif terhadap masyarakat majoriti.-The Merdeka Times