Connect with us

Terkini

ABIM tegas tolak normalisasi perlakuan songsang atas nama kesihatan

Published

on

Foto: Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.
  • Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata ABIM) menegaskan secara jelas bahawa pertubuhan itu tidak menyokong sebarang bentuk normalisasi perlakuan songsang atas nama kesedaran kesihatan awam, meskipun mengiktiraf kepentingan isu HIV dan AIDS sebagai cabaran kesihatan masyarakat yang sebenar.
  • “Penggunaan istilah, simbol atau naratif yang membawa konotasi ideologi tertentu berisiko mengaburkan mesej kesihatan, mencetuskan salah faham masyarakat, serta menimbulkan ketegangan sosial yang tidak perlu. Sehubungan itu, ABIM ingin menegaskan secara jelas bahawa ABIM tidak menyokong sebarang bentuk normalisasi perlakuan songsang atas nama kesedaran kesihatan awam,” tegasnya.

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan secara jelas bahawa pertubuhan itu tidak menyokong sebarang bentuk normalisasi perlakuan songsang atas nama kesedaran kesihatan awam, meskipun mengiktiraf kepentingan isu HIV dan AIDS sebagai cabaran kesihatan masyarakat yang sebenar.

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, berkata usaha pendidikan, pencegahan dan rawatan berkaitan HIV tidak wajar distigmakan, dan individu yang hidup dengan HIV perlu disantuni dengan rahmah, empati serta sokongan komuniti selari prinsip kemanusiaan dan maqasid syariah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendekatan, bahasa dan penjenamaan dalam kempen kesedaran kesihatan awam tidak boleh dipisahkan daripada realiti sosiobudaya, norma agama serta kerangka undang-undang negara.

Menurutnya, penggunaan istilah, simbol atau naratif yang membawa konotasi ideologi tertentu berisiko mengaburkan mesej kesihatan dan mencetuskan salah faham serta ketegangan sosial.

“Penggunaan istilah, simbol atau naratif yang membawa konotasi ideologi tertentu berisiko mengaburkan mesej kesihatan, mencetuskan salah faham masyarakat, serta menimbulkan ketegangan sosial yang tidak perlu.

“Sehubungan itu, ABIM ingin menegaskan secara jelas bahawa ABIM tidak menyokong sebarang bentuk normalisasi perlakuan songsang atas nama kesedaran kesihatan awam,” tegasnya.

Dalam konteks tadbir urus, ABIM menggesa agar kerangka dasar dan kawal selia penganjuran program komuniti, khususnya yang bersifat tertutup, bermalam dan menyentuh isu sensitif, diperkukuh bagi mengelakkan penyalahgunaan premis kesihatan awam.

ABIM turut mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa antara kementerian bagi merangka garis panduan nasional penganjuran acara komuniti sensitif, meliputi aspek penjenamaan, kandungan program, ketelusan mandat pertubuhan serta pematuhan kepada nilai dan kepentingan awam.

Menurut ABIM, pendekatan kesihatan awam perlu bergerak seiring dengan pendidikan fitrah, pemulihan akhlak dan sokongan psikososial, tanpa bahasa menghukum atau memalukan, namun juga tanpa mengabsahkan perlakuan yang jelas bercanggah dengan ajaran agama.

Semalam, The Merdeka Times melaporkan, penganjuran program komuniti bertemakan “Glamping With Pride & HIV Hunger Games” oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan, JEJAKA, mengundang kritikan umum berikutan penggunaan penjenamaan dan pendekatan yang berbeza dalam landskap sosial serta budaya Malaysia.

Menurut hantaran di media sosial rasmi penganjur, program yang dijadual berlangsung pada 17 hingga 18 Januari 2026 di Hulu Langat itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai HIV serta menyediakan ruang sokongan rakan sebaya menerusi aktiviti luar berbentuk glamping dan permainan berpasukan

Bagaimanapun, penggunaan istilah “Pride” dalam tajuk program turut mengundang pelbagai tafsiran dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan budaya.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author