Connect with us

Terkini

Akmal Saleh – “Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri”

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini memberi bayangan kemungkinan mengundur diri, selepas merasakan bahawa segala usaha dan perjuangan politiknya telah dilakukan sedaya upaya.
  • Beliau berkata kenyataannya itu bukan satu keputusan mudah, malah ia mencerminkan renungan terhadap perjalanan perjuangan sayap Pemuda UMNO dalam landskap politik semasa.
  • “Terima kasih atas suara‑suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, Insya‑Allah waktunya akan sampai jua,” tegasnya.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini memberi bayangan kemungkinan mengundur diri, selepas merasakan bahawa segala usaha dan perjuangan politiknya telah dilakukan sedaya upaya.

Beliau berkata kenyataannya itu bukan satu keputusan mudah, malah ia mencerminkan renungan terhadap perjalanan perjuangan sayap Pemuda UMNO dalam landskap politik semasa.

“Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. 

“Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya dalam satu hataran di Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkenaan turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli dan penyokong yang berdiri bersama Pemuda UMNO sepanjang tempoh perjuangan tersebut, sambil menzahirkan keyakinan bahawa niat yang murni pasti akan membuahkan hasil pada waktunya.

“Terima kasih atas suara‑suara anda semua yang sayangkan perjuangan ini. Saya percaya jika niat kita baik demi agama, bangsa dan tanah air, Insya‑Allah waktunya akan sampai jua,” tegasnya.

Kenyataan Dr Akmal itu muncul di tengah‑tengah perdebatan hangat dalam UMNO berhubung hala tuju parti dalam kerjasama politik semasa, khususnya selepas beberapa usul dibawa dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO baru‑baru ini termasuk cadangan agar parti menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjalin kerjasama baharu dengan PAS. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author