Connect with us

Terkini

“Awek yeye”, MINDEF arah ATM jalankan siasatan segera

Published

on

Foto: MINDEF
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial.
  • Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh bagi mendapatkan fakta sebenar.
  • “Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” jelas kenyataan tersebut.

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  diarah untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh bagi mendapatkan fakta sebenar.

“Kementerian Pertahanan memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu yang tidak berkaitan serta aktiviti-aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di dalam kem tentera seperti yang tular di media sosial.

“Sehubungan itu, pihak ATM telah diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan secara menyeluruh,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kementerian, langkah siasatan dalaman tersebut penting bagi memastikan setiap dakwaan dinilai secara adil dan berintegriti tanpa menjejaskan imej serta kredibiliti institusi pertahanan negara.

“Dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan. 

“Jika didapati benar, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak selaras dengan peraturan, tatacara serta undang-undang semasa,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, katanya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Pertahanan turut menegaskan komitmen berterusan pihaknya bersama ATM dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

“Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial dengan dakwaan bahawa pegawai tentera telah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral di dewan makan mereka.

Ini berlaku selepas netizen berkongsi beberapa klip video di Threads dan TikTok yang menunjukkan pesta yang didakwa berlaku di dalam kemudahan tentera.

Terdapat juga tangkapan skrin mesej yang diedarkan yang mendakwa pegawai tentera junior perlu menyediakan wanita untuk pegawai senior mereka. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author