Connect with us

Terkini

Lebih 4,000 orang melarikan diri dari Kordofan, Sudan akibat keadaan tidak selamat- PBB

Published

on

Foto: Kesengsaraan rakyat Sudan.
  • Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) melaporkan antara 1,500 hingga 2,500 orang melarikan diri dari Al-Kuweik di Kordofan Selatan, selain 375 orang dari Kadugli dan 495 lagi dari Dilling di negeri yang sama, dari 27 hingga 29 Disember.
  • Menurut IOM,  golongan yang melarikan diri itu bergerak ke pelbagai lokasi di negeri Kordofan Utara,  Kordofan Selatan dan White Nile.
  • Di Kordofan Utara, organisasi itu merekodkann 1,020 orang melarikan diri dari Kampung Um Taghirat dan Al-Markha di lokaliti Jebrat Al-Sheikh akibat keadaan keselamatan yang semakin merosot, sambil memaklumkan mereka melarikan diri ke Omdurman, di barat ibu negara Khartoum.

KHARTOUM – Lebih 4,000 orang awam melarikan diri dari negeri Kordofan Selatan dan Kordofan Utara di selatan Sudan dalam tempoh tiga hari lepas  ekoran  peningkatan keadaan yang tidak aman, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  (PBB) itu melaporkan antara 1,500 hingga 2,500 orang melarikan diri dari Al-Kuweik di Kordofan Selatan, selain 375 orang dari Kadugli dan 495 lagi dari Dilling di negeri yang sama, dari 27 hingga 29 Disember.

Menurut IOM,  golongan yang melarikan diri itu bergerak ke pelbagai lokasi di negeri Kordofan Utara,  Kordofan Selatan dan White Nile.

Di Kordofan Utara, organisasi itu merekodkann 1,020 orang melarikan diri dari Kampung Um Taghirat dan Al-Markha di lokaliti Jebrat Al-Sheikh akibat keadaan keselamatan yang semakin merosot, sambil memaklumkan mereka melarikan diri ke Omdurman, di barat ibu negara Khartoum.

Pada Ahad, IOM mengumumkann 1,290 orang dari dua negeri berkenaan melarikan diri atas sebab yang sama.

Tiga negeri Kordofan iaitu Utara, Barat dan Selatan menyaksikan beberapa minggu pertempuran sengit antara tentera dan pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF), yang mendorong puluhan ribu orang melarikan diri.

Daripada 18 negeri di Sudan, RSF menguasai kesemua lima negeri di Wilayah Darfur di barat, kecuali beberapa bahagian utara Darfur Utara yang masih berada di bawah kawalan tentera.

Tentera pula menguasai sebahagian besar kawasan di baki 13 negeri di selatan, utara, timur dan tengah, termasuk ibu negara Khartoum.

Konflik antara tentera Sudan dan RSF yang bermula pada April 2023 mengorbankan ribuan nyawa dan menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal. – BERNAMA-ANADOLU

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author