Connect with us

Terkini

Puad Zarkashi tolak nama Muafakat Nasional, Cadang kerjasama baharu

Published

on

Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
  • “Timbul desakan supaya dihidupkan semula Muafakat Nasional (MN). Apa salahnya mencuba. Tetapi cari nama lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
  • Menurut beliau, walaupun tidak salah untuk mengambil semangat dan tujuan asal MN yang bersifat murni, nama tersebut perlu ditinggalkan kerana telah tercemar dengan pengalaman pahit serta permainan politik masa lalu.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan bahawa sebarang usaha untuk menghidupkan kembali kerjasama politik berasaskan semangat Muafakat Nasional (MN) wajar dilakukan dengan pendekatan baharu, termasuk mengelakkan penggunaan semula nama Muafakat Nasional.

Menurut beliau, walaupun tidak salah untuk mengambil semangat dan tujuan asal MN yang bersifat murni, nama tersebut perlu ditinggalkan kerana telah tercemar dengan pengalaman pahit serta permainan politik masa lalu.

“Timbul desakan supaya dihidupkan semula Muafakat Nasional (MN). Apa salahnya mencuba. Tetapi cari nama lain,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Puad menegaskan bahawa nama MN sudah “rosak”, malah disifatkan telah “dikomersilkan”, sekali gus menjadikannya tidak lagi sesuai untuk dijadikan payung kepada kerjasama politik baharu.

Beliau turut mengingatkan agar pembentukan sebarang gabungan atau badan politik baharu tidak mengulangi kesilapan lama, termasuk amalan berpolitik secara bermuka-muka dengan menyertai pelbagai pihak serentak demi kepentingan sendiri.

“Jangan pula setelah dibuat badan baru, di sini dia ahli, di sana dia ahli dan di sinun dia juga ahli. Kalau itu berulang lagi maka kita mengulang cerita lama. Main banyak lawang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Puad berpandangan bahawa selagi asas kerjasama berteraskan perebutan kuasa politik, sebarang usaha muafakat tidak akan bertahan lama dan berpotensi mencetuskan perpecahan dalaman.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada pembinaan persefahaman yang tulen bagi mengelakkan insiden pengkhianatan politik sesama rakan, termasuk kejadian “tebuk atap” yang pernah berlaku sebelum ini.

“Lebih baik membina persefahaman agar tebuk atap atas kepala kawan sendiri seperti di Perlis tidak berlaku,” katanya. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author