Antarabangsa
ULAMA gesa Taliban batal larangan hak wanita belajar
Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan (ULAMA) menggesa kerajaan sementara Afghanistan membenarkan wanita negara itu diberikan hak untuk belajar di institusi pendidikan.
- Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan (ULAMA) gesa kerajaan sementara Afghanistan benarkan wanita negara itu diberikan hak belajar di institusi pendidikan.
- Memetik laporan Saudi Gazette, ULAMA menyatakan tindakan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan adalah bertentangan dengan syarak.
- ULAMA turut menyatakan hak dipelihara oleh Islam bagi wanita adalah hak pendidikan seperti undang-undang menggesa dan galakkan pendidikan sama rata untuk lelaki dan wanita.
RIYADH: Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan (ULAMA) menggesa kerajaan sementara Afghanistan membenarkan wanita negara itu diberikan hak untuk belajar di institusi pendidikan.
Gesaan itu sekali gus mahu pentadbiran Taliban membatalkan keputusan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan.
Memetik laporan Saudi Gazette, ULAMA menyatakan bahawa tindakan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan bertentangan dengan syarak.
Majlis itu turut menegaskan Islam memelihara dan menjelaskan hak dan kewajiban setiap manusia, lelaki dan wanita.
Ia mengulangi bahawa Islam, dengan ketetapan dan perundangannya, memelihara hak undang-undang wanita dan membolehkan mereka menikmatinya di bawah agama yang benar dalam hak mereka yang memelihara kemanusiaan dan maruah, kepemimpinan dan kemakmuran golongan itu.
ULAMA turut menyatakan hak yang dipelihara oleh Islam untuk wanita adalah hak untuk pendidikan sebagaimana undang-undang menggesa dan menggalakkan pendidikan sama rata untuk lelaki dan wanita. – AGENSI.
Sumber: Berita Harian