Connect with us

Terkini

Puad Zarkashi desak Adam Adli hapus hutang PTPTN

Published

on

Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
  • “Tolong bersuara nyaring untuk hapuskan hutang PTPTN dalam mesyuarat pasca kabinet KPT. Baru nampak berbaloi tidur dalam khemah di dataran Merdeka,” tulis Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
  • Menurut Puad, Adam Adli seharusnya menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk memperjuangkan isu penghapusan hutang PTPTN, yang telah lama menjadi tuntutan golongan mahasiswa dan graduan. 
  • Puad juga mengaitkan perkara tersebut dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang pernah menyeru agar idealisme reformasi diterjemahkan ketika berada dalam tampuk kuasa menerusi konsep “Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa (HIRUK)”.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, menggesa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang baharu dilantik, Adam Adli Abd Halim, supaya menyuarakan cadangan penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menerusi satu hantaran di Facebook, Puad mengucapkan tahniah kepada Adam Adli atas pelantikan beliau dan menyifatkan portfolio Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sebagai paling sesuai dengan latar belakang serta sejarah perjuangan aktivisme beliau.

“Tahniah Adam Adli dapat potfolio paling sesuai iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Bolehlah hapuskan hutang PTPTN. 

“Tolong bersuara nyaring untuk hapuskan hutang PTPTN dalam mesyuarat pasca kabinet KPT. Baru nampak berbaloi tidur dalam khemah di dataran Merdeka,” tulis beliau.

Menurut Puad, Adam Adli seharusnya menggunakan kedudukannya dalam kerajaan untuk memperjuangkan isu penghapusan hutang PTPTN, yang telah lama menjadi tuntutan golongan mahasiswa dan graduan. 

Puad juga mengaitkan perkara tersebut dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang pernah menyeru agar idealisme reformasi diterjemahkan ketika berada dalam tampuk kuasa menerusi konsep “Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa (HIRUK)”.

“Itu yang Rafizi kata “Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa (HIRUK)”. 

“Jadi pembangkang memang mudah. Tapi bila berkuasa baru tahu tinggi dan rendah langit,” katanya.

Adam Adli sebelum ini dikenali sebagai aktivis mahasiswa sebelum menyertai politik arus perdana.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author