Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Putin dipuja seperti dewa di India sewaktu lawatan negara

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.

INDIA – Sekumpulan besar penduduk tempatan berkumpul bagi melakukan ritual pemujaan Hindu dikenali sebagai ‘aarti’ di hadapan potret Presiden Rusia, Vladimir Putin, beberapa hari sebelum ketibaannya untuk lawatan ke India.

Dalam upacara yang lazimnya dilakukan bagi tujuan keagamaan, sekumpulan wanita di Varanasi dilihat menyalakan lilin sambil melaungkan doa, diiringi muzik tradisional yang biasanya dimainkan dalam majlis keagamaan Hindu.

Orang ramai turut mengibarkan bendera India sebagai tanda penghormatan yang luar biasa kepada pemimpin Rusia itu bagi lawatannya pada 4 Disember lalu.

Menurut laporan, Perdana Menteri India, Narendra Modi,  menjadi hos kepada Putin bagi satu majlis makan malam tertutup sempena lawatan rasmi dua hari tersebut.

Di jalanan, penduduk turut melaungkan slogan “Hidup Presiden Putin” dan mempamerkan kain rentang yang meraikan hubungan persahabatan antara India dan Rusia.

Lawatan ini juga dilihat sebagai langkah memperkukuh hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, susulan laporan mengenai potensi perjanjian kapal selam bernilai AS$2 bilion yang sedang dibincangkan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author