Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Polis Israel ceroboh kompleks UNRWA, ganti bendera PBB dengan bendera Israel

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video tersebut.

  • Dalam kenyataan di platform X, Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Philippe Lazzarini berkata polis Israel, bersama pegawai majlis perbandaran, telah memasuki kompleks UNRWA secara paksa pada awal pagi, lengkap dengan motosikal polis, trak serta forklift.
  • “Semua komunikasi diputuskan. Perabot, peralatan IT dan harta benda lain dirampas,” katanya.
  • Lazzarini menegaskan bahawa premis tersebut kekal sebagai fasiliti PBB dan kebal daripada apa-apa bentuk campur tangan, pencarian atau rampasan.

BAITULMAQDIS TIMUR – Polis Israel pada Isnin bertindak menurunkan bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di dalam kompleks Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, sebelum menaikkan bendera Israel sebagai ganti, menurut Pesuruhjaya Jeneral UNRWA, Philippe Lazzarini.

Dalam kenyataan di platform X, Lazzarini berkata polis Israel, bersama pegawai majlis perbandaran, telah memasuki kompleks UNRWA secara paksa pada awal pagi, lengkap dengan motosikal polis, trak serta forklift.

“Semua komunikasi diputuskan. Perabot, peralatan IT dan harta benda lain dirampas,” katanya.

Lazzarini menegaskan bahawa bendera PBB telah diturunkan dan digantikan dengan bendera Israel, satu tindakan yang menurutnya melanggar kewajipan Israel sebagai negara anggota PBB untuk melindungi dan menghormati ‘kekebalan premis PBB’.

Kompleks tersebut, terletak di kawasan Sheikh Jarrah, telah dikosongkan awal tahun ini selepas keputusan pihak berkuasa Israel.

Lazzarini menjelaskan bahawa staf UNRWA terpaksa meninggalkan premis itu berikutan beberapa siri gangguan dan ancaman.

Lazzarini menegaskan bahawa premis tersebut kekal sebagai fasiliti PBB dan kebal daripada apa-apa bentuk campur tangan, pencarian atau rampasan.

Beliau merujuk kepada Convention on the Privileges and Immunities of the United Nations, yang menetapkan bahawa premis PBB adalah tidak boleh diceroboh, aset dan harta PBB imun daripada proses undang-undang.

“Tidak boleh ada pengecualian. Jika ini dibenarkan, ia mencabar undang-undang antarabangsa dan mewujudkan preseden berbahaya di seluruh dunia,” tegasnya.

UNRWA ditubuhkan lebih 70 tahun lalu bagi membantu rakyat Palestin yang diusir dari tanah mereka. Namun dalam tempoh setahun kebelakangan ini, agensi tersebut berhadapan tekanan kewangan serius selepas Israel melancarkan kempen tohmahan mendakwa kakitangan UNRWA terlibat dalam serangan 7 Oktober.

Walaupun UNRWA berulang kali meminta bukti, Israel tidak memberikan sebarang maklumat untuk menyokong dakwaan itu.

Akibatnya, beberapa negara penderma utama termasuk Amerika Syarikat menggantung atau menangguhkan pembiayaan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author