Connect with us

Terkini

Rahsia fasih bahasa Arab dalam masa 2 minggu dengan SINAR

Published

on

Foto: Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR).


KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB SINAR 2025
14 hari | 140 jam | Kaedah berdasarkan pengalaman lebih 30 tahun

BAHASA ARAB YANG SERONOK, PANTAS & BERKESAN DI SINAR

Bahasa Arab adalah kunci ilmu. Sesiapa yang menguasai bahasa ini akan terbuka pintu memahami al-Quran, hadis, kitab turath, khazanah peradaban Islam – dan pada masa yang sama memiliki kelebihan besar dalam pengajian moden, sama ada di sekolah, universiti mahupun dalam profesion sebagai guru.


Namun realitinya, ramai pelajar – termasuk yang datang dari sekolah agama – tidak memiliki asas Bahasa Arab yang kukuh. Ujian penilaian yang diadakan pada Kursus Intensif Bahasa Arab SINAR setiap tahun membuktikan perkara ini: daripada 100 soalan Nahu dan Sorof, kebanyakan pelajar hanya mendapat bawah 10/100. Mereka sendiri terkejut, ibu bapa pun terkesan. Bukankan selama ini mereka telah belajar Bahasa Arab di sekolah sedia ada? Tetapi di SINAR, perubahan luar biasa berlaku hanya dalam 12 hari.

Pada penilaian akhir, sebahagian pelajar memperoleh lebih 80%, yang lain melepasi 50% dengan yakin. Lebih mengagumkan, mereka mampu bercakap Bahasa Arab fasih hanya selepas sehari latihan Kalam Jamie, dan tampil membuat persembahan dalam bahasa Arab di hadapan ibu bapa. Ada yang pada hari pertama menangis tidak mahu masuk kelas, tetapi hari terakhir melompat kegembiraan menerima tawaran kemasukan ke SINAR.

Ini bukan keajaiban. Ini hasil 30 tahun pengalaman, penyelidikan dan inovasi kaedah pantas Bahasa Arab yang diterokai oleh pendiri dan mudir Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR), Ustaz Rohidzir Rais.

Mengapa Kursus Intensif Bahasa Arab SINAR Berbeza?

30 tahun pengalaman kaedah intensif yang terbukti berkesan

Sejak awal 1990-an, Ustaz Rohidzir telah terlibat dalam penyusunan dan mengajar sendiri kursus-kurus intensif Bahasa Arab yang dilaksanakan di seluruh tanah air termasuk Sarawak. Pengalaman ini memberikan kesan dalam menyusun silibus dan kaedah lebih mudah, pantas, tetapi berkesan daripada kaedah pembelajaran tradisi bahasa Arab, yang memakan masa. Kaedah ini dibaiki dari masa ke semasa sehingga menghasilkan satu silibus terbaik yang dilaksanakan dalam setiap kursus intensif setiap tahun.

Terbukti berkesan kepada semua golongan

Peserta termuda pernah berusia 9 tahun. Peserta tertua mencecah 60-an malah 70 tahun.
Kesemuanya berjaya mengikuti silibus yang sama kerana kaedahnya menyusun semula cara otak memahami bahasa. Kaedah latih tubi adalah rahsia terbesar dalam menguasai bahasa ini yang mempunyai struktur nahu yang rumi, berbeza dengan bahasa Malayu dan Inggeris.

Dibimbing guru pakar & berijazah

Tim pembimbing kursus ini diketuai oleh Ustaz Rohidzir Rais dan Dr Akbar Sarif serta dibantu oleh guru-guru lain yang terlatih dalam bidang ini. Peserta juga akan dibantu oleh pelajar-pelajar senior yang lebih memahami kaedah ini. Lalu setiap peserta mempunyai pembimbing sendiri yang akan memberikan latihan persendirian setiap hari.

Sistem penilaian tahap (Beginner & Intermediate)

Peserta diuji dahulu agar diletakkan pada tahap yang tepat. Bukan semua orang belajar Nahu dan Sorof pada kadar yang sama – kerana itu SINAR membahagikannya kepada kumpulan kecil dan intensif.

Kelas kecil & fokus

Setiap kumpulan dikendalikan beberapa guru pembimbing bagi memastikan semua peserta mendapat perhatian, latihan ulangan dan pembetulan langsung.

Sijil prestasi lengkap markah peperiksaan

Sijil diberikan bersama markah 7 kertas akhir: Nahu, Sorof, Tasrif, Mutholaah, Kitabah, Hafazan Kamus dan Muhadasah.

SIAPA PERLU SERTAI KURSUS INI?

  • Pelajar SPM/STAM yang akan menyambung pengajian ke Mesir, Jordan, Maghribi, Arab Saudi atau mana-mana negara Arab
  • Pelajar sekolah rendah dan menengah yang lemah dalam asas Bahasa Arab
  • Mahasiswa universiti yang sering gagal subjek kerana tidak memahami teks Arab
  • Guru sekolah rendah/menengah yang perlu mengajar Bahasa Arab tetapi tiada asas kukuh
  • Orang awam yang ingin mempelajari bahasa al-Quran
  • Warga emas yang mahu menunaikan haji/umrah dengan memahami doa dan bacaan
  • Pelajar tahfiz dan guru tahfiz yang mahu memperbaiki kefahaman teks Arab

SILIBUS KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB SINAR 2025

(140 jam | 14 hari | 3 bahagian besar)

BAHAGIAN A

HAFAZAN KALIMAT ARAB & SOROF
30 jam

Fokus pembelajaran:

  • Menghafaz 1,000 perkataan Arab asas melalui Kamus Bergambar Sinar Azhari susunan Ustaz Rohidzir Rais
  • Hafazan perkataan daripada teks harian & teks akademik
  • Menguasai semua wazan sorof (Thulathi Mujarrad, Thulathi Mazid, Rubai’ Mujarrad) disusun khusus oleh tim SINAR
  • Latihan mencari akar kata & pecahan masdar
  • Memahami perubahan makna mengikut wazan
  • Latihan menggunakan kamus Arab klasik & moden

Hasil pembelajaran:

✓ Menghafaz 1,000 perkataan dalam masa 30 jam
✓ Mentasrif semua jenis fi‘il
✓ Membaca teks tanpa melihat kamus
✓ Mengenal pasti akar kata setiap perkataan
✓ Membina kemahiran membaca dan menulis perkataan dengan cepat

BAHAGIAN B

TATABAHASA ARAB (NAHU)
50 jam 

Isi silibus lengkap 14 bab Nahu:

  1. Mubtada’ & Khabar
  2. Fi‘il, Fa‘il & Naibul Fa‘il
  3. Maf‘ul Bih & Maf‘ul Maf‘ul
  4. Tamyiz
  5. Sifat & Mausuf
  6. Ataf
  7. Mudhof & Mudhofun Ilaih
  8. Isim Isyarah
  9. Isim Mausul
  10. Jar & Majrur
  11. Hal & Zarf
  12. Idhafah
  13. Jumlah Fi‘liyyah & Ismiyyah
  14. I‘rab lengkap

Latihan intensif:

  • Mengi‘rab setiap ayat
  • Mengubah suai ayat mengikut rumus Nahu
  • Membina ayat Arab tepat dan gramatis
  • Latih tubi melalui buku kerja SINAR

Hasil pembelajaran:

✓ Mahir membaca teks tanpa baris
✓ Mahir mengi‘rab ayat dalam kitab Arab
✓ Boleh membina ayat dengan struktur betul
✓ Memahami teks Arab peringkat sederhana & tinggi

BAHAGIAN C

KEMAHIRAN MEMBACA & MEMAHAMI TEKS ARAB**
10 jam

Fokus:

  • Latihan membaca teks Arab fasih tanpa baris
  • Pembiasaan dengan uslub penulisan Arab
  • Memahami teks tanpa kamus
  • Menjawab soalan kefahaman
  • Latihan mengubah ayat, merumus, membina hujah

Hasil pembelajaran:

  • Mahir membaca dengan intonasi tepat
  • Memahami maksud keseluruhan teks
  • Menjawab analisis teks secara akademik
  • Mampu membina karangan pendek & panjang
  • Mampu mengi‘rab setiap kalimat dalam teks

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA ARAB

Bagi pelajar sekolah menengah:

– Menguasai UPKK, PT3 KBD, SPM Bahasa Arab
– Memudahkan hafazan al-Quran & tafsir
– Membina asas kukuh sebelum ke universiti

Bagi mahasiswa universiti:

– Keupayaan membaca rujukan Arab membezakan pelajar cemerlang dan pelajar biasa
– Subjek seperti Feqah, Usuluddin, Syariah & Dakwah hampir mustahil dikuasai tanpa Arab
– Meningkatkan markah tugasan dan kefahaman kitab turath

Bagi guru:

– Mengajar Bahasa Arab tanpa asas yang kukuh amat mencabar
– Kursus ini menyediakan latihan intensif agar guru lebih yakin mengajar
– Memberi peluang guru memahami metodologi pengajaran Bahasa Arab moden

Bagi orang awam:

– Memahami doa, zikir, bacaan solat
– Menghayati al-Quran dengan makna sebenar
– Menambah keyakinan dalam ibadah haji/umrah
– Memperkaya akal dan jiwa melalui bahasa Syurga

KEHEBATAN KAEDAH SINAR: TERBUKTI BERKESAN

Pengalaman SINAR mengendalikan kursus intensif lebih 30 tahun menunjukkan bahawa:

  • Pelajar 10 tahun boleh membaca kitab tanpa baris selepas 3 bulan
  • Pelajar dewasa yang tidak pernah belajar Arab mampu mengi‘rab dalam seminggu
  • Pelajar tahfiz yang selama ini hanya menghafaz mula memahami apa yang dihafaz
  • Guru-guru yang tiada asas dapat mengajar dengan yakin selepas kursus ini

Kaedah ini bukan teori. Ia dibina daripada pengalaman, eksperimen, pemerhatian dan penyelidikan lebih sedekad.

Hantar maklumat berikut melalui WhatsApp:
Nama Pelajar | No KP | Nama bapa/ibu | No telefon

KUASAI BAHASA ARAB, KUASAI ILMU.

Jadikan tahun ini permulaan baharu untuk diri dan keluarga.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author