Terkini
Hamas beri amaran kematian Yasser Abu Shabab akibat jadi pembelot Palestin
- “Nasib yang berlaku kepada ejen dan tali barut Israel, Yasser Abu Shabab, adalah nasib yang tidak dapat dielakkan bagi setiap orang yang mengkhianati rakyat dan tanah airnya dan bersetuju untuk menjadi alat di tangan Israel,” tegas wakil Hamas.
- Kumpulan itu berkata percubaan Israel untuk menggunakan “geng-geng yang rosak secara sosial dan moral serta di luar undang-undang” sebagai alat untuk melaksanakan “projek-projek ilusi” di Semenanjung Gaza, mencerminkan kelemahan Israel yang perlu berhadapan dengan “keteguhan wira dan perlawanan berani rakyat Palestin.”
Hamas menyifatkan kematian ketua militan, Yasser Abu Shabab sebagai akibat yang jelas bagi perbuatan khianat kerana menjadi pembelot rakyat Palestin untuk Israel.
“Nasib yang berlaku kepada ejen dan tali barut Israel, Yasser Abu Shabab, adalah nasib yang tidak dapat dielakkan bagi setiap orang yang mengkhianati rakyat dan tanah airnya dan bersetuju untuk menjadi alat di tangan Israel,” tegas wakil Hamas yang dipetik Roya News.
Kumpulan itu berkata percubaan Israel untuk menggunakan “geng-geng yang rosak secara sosial dan moral serta di luar undang-undang” sebagai alat untuk melaksanakan “projek-projek ilusi” di Semenanjung Gaza, mencerminkan kelemahan Israel yang perlu berhadapan dengan “keteguhan wira dan perlawanan berani rakyat Palestin.”
Hamas menegaskan bahawa Israel tidak dapat melindungi ejen-ejennya, dan “tidak akan dapat melindungi mana-mana sekutunya.”
Yasser memimpin sebuah militan yang dikenali sebagai Popular Forces, beroperasi di kawasan yang berada di bawah kawalan tentera Israel dan bergerak dengan kebebasan luar biasa.
Di Gaza, kumpulan itu menyita trak bantuan, merampas bekalan, dan menjual semula atau mengasingkan bantuan ke tempat lain, memburukkan lagi krisis kemanusian di Gaza.
Sebelum ini, Israel menggunakan kumpulan terbabit untuk menuduh Hamas kononnya merompak bantuan kemanusiaan, sedangkan ia sebenarnya dilakukan tali barut Israel itu. – The Merdeka Times