Connect with us

Terkini

‘Lepas Tei dan Shamsul Iskandar didakwa, dua nama dalam video terus jadi tanda tanya’

Published

on

Foto: Peguam yang juga jurucakap Parti Pejuang, Rafique Rashid Ali
  • Peguam yang juga jurucakap Parti Pejuang, Rafique Rashid Ali mempersoalkan status dua individu lain yang disebut dalam satu klip video tular berdurasi enam minit yang menggemparkan media sosial minggu lalu.
  • “Jadi, persoalannya sekarang bagaimana dengan dua nama lain yang dinyatakan dalam video? Adakah mereka yang namanya disebut telah dipanggil untuk soal siasat?
  • “Pendakwaan mesti adil kerana tiada siapa yang mengatasi undang-undang, seperti yang Azam katakan dengan tegas dan jelas,” katanya

KUALA LUMPUR – Peguam yang juga jurucakap Parti Pejuang, Rafique Rashid Ali mempersoal status dua individu lain yang disebut dalam satu klip video tular berdurasi enam minit yang menggemparkan media sosial minggu lalu.

Video berkenaan memaparkan ahli perniagaan, Albert Tei berbual dengan seorang wanita, Sofia Rini Buyong, yang didakwa sebagai ‘proksi’ bekas setiausaha politik kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Dalam perbualan itu, Sofia mendakwa Anwar telah memberi “arahan” supaya seorang ahli politik Sabah dirakam secara rahsia.

Selain itu, wanita sama turut menyatakan bahawa Shamsul pernah berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pada suatu masa yang tidak didedahkan, kononnya bagi meminta Azam “menyelesaikan” kes yang melibatkan Tei.

Susulan pendedahan itu, Rafique mempersoalkan tindakan lanjut pihak berkuasa.

“Jadi, persoalannya sekarang bagaimana dengan dua nama lain yang dinyatakan dalam video? Adakah mereka yang namanya disebut telah dipanggil untuk soal siasat?

“Pendakwaan mesti adil kerana tiada siapa yang mengatasi undang-undang, seperti yang Azam katakan dengan tegas dan jelas,” katanya dalam satu kenyataan melalui rakaman suara kepada media.

Bagaimanapun, beliau turut menyatakan penghargaan terhadap SPRM kerana berjaya menyempurnakan siasatan terhadap Tei serta bekas Shamsul Iskandar, dalam tempoh hanya seminggu sehingga membawa kepada pendakwaan mereka.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Azam mengesahkan Tei dan Shamsul Iskandar didakwa atas kesalahan menawarkan serta menerima rasuah masing-masing di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Sofia pula tidak akan didakwa dan sebaliknya akan tampil sebagai saksi pendakwaan.

Dalam perincian berkaitan kes tersebut, Tei mendakwa beliau telah membelanjakan RM629,000 untuk Shamsul Iskandar setelah diyakinkan bahawa wang yang disalurkan kepada ahli politik Sabah bagi tujuan mendapatkan lesen penerokaan mineral akan dipulangkan.

Selain kos pengubahsuaian rumah, perabot dan peralatan, Tei turut mendakwa membelanjakan ribuan ringgit bagi membeli cerut premium, sut tempahan khas serta menanggung perbelanjaan luar negara untuk Shamsul Iskandar.

Sementara itu, Shamsul Iskandar telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kanan perdana menteri dan mendakwa dirinya sedang berdepan percubaan pihak tertentu untuk menyerangnya “dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani”. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author