Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Masjid di Ukraine diserbu, jemaah dihalang solat

Published

on

Foto: Pasukan keselamatan Ukraine (SBU) melakukan serbuan ketika solat Jumaat di sebuah masjid di pusat bandar raya Kiev. 
  • Dalam video yang dikongsikan portal DOA Muslim, kelihatan umat Islam berhimpun di depan masjid sambil mempersoalkan tindakan itu kepada pasukan keselamatan Ukraine.
  • Wakil komuniti Muslim tempatan berkata tindakan tersebut bercanggah dengan komitmen Ukraine terhadap kebebasan beragama.
  • Wakil itu juga menegaskan peranan penting yang telah dimainkan umat Islam di negara itu sejak pencerobohan Rusia yang semakin meluas. 

KIEV – Komuniti Muslim di Ukraine menyuarakan kebimbangan selepas pasukan keselamatan Ukraine (SBU) melakukan serbuan ketika solat Jumaat di sebuah masjid di pusat bandar raya Kiev. 

Tindakan berkenaan mengganggu ibadah dan menghalang jemaah Muslim daripada menunaikan solat.

Dalam video yang dikongsikan portal DOA Muslim, kelihatan umat Islam berhimpun di depan masjid sambil mempersoalkan tindakan itu kepada pasukan SBU.

Wakil komuniti Islam tempatan berkata tindakan tersebut bercanggah dengan komitmen Ukraine terhadap kebebasan beragama.

Wakil itu juga menegaskan peranan penting yang telah dimainkan umat Islam di negara itu sejak perang Rusia yang semakin meluas. 

Ia termasuk memberikan bantuan kemanusiaan dan menyediakan perlindungan kepada penduduk yang dipindahkan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author