Connect with us

Terkini

(VIDEO) Ribuan rakyat Israel beratur di Kedutaan Portugal untuk memohon kewarganegaraan

Published

on

Foto: Ribuan orang di negara haram Israel membentuk barisan panjang di hadapan Kedutaan Portugal di Tel Aviv.
  • Ribuan pemohon yang datang berdiri menunggu dalam barisan yang panjang dari pintu masuk kedutaan hingga kawasan tempat letak kereta bawah tanah untuk memohon kewarganegaraan atau memperbaharui pasport Portugal mereka.
  • Portugal, melalui undang-undang yang diperkenalkan pada tahun 2015, memberikan hak untuk memohon kewarganegaraan kepada orang Yahudi Sephardic yang dianiaya semasa Inkuisisi pada abad ke-16.

TEL AVIV – Ribuan orang di negara haram Israel membentuk barisan panjang di hadapan Kedutaan Portugal di Tel Aviv untuk memohon kewarganegaraan Portugal, menurut laporan dari laman web berita Times of Israel yang dipetik TRT.

Warga Israel beratur di hadapan kedutaan sejak awal pagi untuk memohon.

Kedutaan menetapkan temujanji perlu dibuat secara datang sendiri ke pejabat bagi mengatasi kesesakan teruk dalam sistem tempahan dalam talian.

Ribuan pemohon yang datang berdiri menunggu dalam barisan yang panjang dari pintu masuk kedutaan hingga kawasan tempat letak kereta bawah tanah untuk memohon kewarganegaraan atau memperbaharui pasport Portugal mereka.

Portugal, melalui undang-undang yang diperkenalkan pada tahun 2015, memberikan hak untuk memohon kewarganegaraan kepada orang Yahudi Sephardic yang dianiaya semasa Inkuisisi pada abad ke-16.

Inkuisisi adalah pengadilan Gereja Katolik pada zaman berkenaan, yang bertugas menyelidiki dan menghukum orang yang dianggap sesat.

Namun, disebabkan jumlah permohonan yang tinggi, kerajaan Portugal mengumumkan pada tahun 2023 bahawa undang-undang tersebut telah mencapai tujuannya dan memperkenalkan syarat-syarat yang lebih ketat.

Rakyat Israel dikatakan mencari kewarganegaraan Portugal untuk manfaat seperti kebebasan bergerak di dalam negara-negara Kesatuan Eropah (EU), kos hidup lebih rendah, kemasukan lebih mudah ke universiti Eropah dan yuran pengajian lebih rendah.

Sejak Israel melancarkan perang genosidnya ke atas Gaza pada Oktober 2023, jumlah rakyat Israel yang mencari pasport kedua telah meningkat.

Puluhan ribu rakyat Israel telah meninggalkan negara tersebut, dan minat terhadap kewarganegaraan Portugal terus meningkat. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author