Terkini
SPRM, Azam Baki tidak wajar terlibat dalam siasatan kes – Ahmad Fadhli
- Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata ia susulan tersebar satu klip video yang berlegar di media sosial memaparkan perbualan Albert Tei bersama seorang wanita tidak dikenali ada mennyebut nama pemimpin tertinggi agensi anti rasuah tersebut.
- “Kali ini nama Tan Sri Azam Baki disebut. Benar atau tidak kandungan video ini saya pun tiada maklumat tetapi saya berpandangan sewajarnya Tan Sri Azam Baki dan SPRM tidak lagi terlibat sebagai penyiasat dalam kes ini,” katanya.
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak sewajarnya terlibat dalam siasatan kes yang didedahkan ahli perniagaan, Albert Tei.
Menurut Ahmad Fadhli, ia susulan tersebar satu klip video yang berlegar di media sosial memaparkan perbualan Albert Tei bersama seorang wanita tidak dikenali ada menyebut nama pemimpin tertinggi agensi anti rasuah tersebut.
Namun, menurutnya, masih tiada kepastian sama ada dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.
“Seperti yang saya jangkakan semalam, video ini (perbualan Tei dengan seorang wanita) rupa-rupanya ada sambungan. Melintas pula di Facebook saya.
“Kali ini nama Tan Sri Azam Baki disebut. Benar atau tidak kandungan video ini saya pun tiada maklumat tetapi saya berpandangan sewajarnya Tan Sri Azam Baki dan SPRM tidak lagi terlibat sebagai penyiasat dalam kes ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, sebuah video tular memaparkan seorang wanita dengan wajah dikaburkan mendakwa Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin telah bertemu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk menyelesaikan kes yang melibatkan ahli perniagaan Albert Tei.
Video itu bagaimanapun tidak menyatakan bila dan di mana pertemuan tersebut didakwa berlangsung.
Wanita tersebut turut mendakwa Shamsul bertemu Azam kerana dia sendiri turut dikaitkan dengan isu skandal Sabah dan sebenarnya telah dipanggil oleh ketua SPRM itu. – The Merdeka Times