Connect with us

Terkini

Gagal hadir ke mahkamah, pengasas eHati dan kaunselor dikenakan waran tangkap

Published

on

Foto: Pasangan suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga antara enam individu yang direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes penganjuran program motivasi dengan pengisian tidak bermoral.
  • Hakim Syarie Dr Zainal Abidin Kusmin mengeluarkan perintah itu terhadap Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie Husaini Roslin.
  • Mahkamah turut mengarahkan pihak berkuasa membuat carian di Imigresen terhadap Nur Diyanah, yang beralamat di Damansara, dan memberi kuasa kepada pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam untuk menahan Zatul Azmah, yang juga pegawai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Nibong Tebal, Pulau Pinang
  • Zainal Abidin menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan kaunselornya selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Hakim Syarie Dr Zainal Abidin Kusmin mengeluarkan perintah itu terhadap Nur Diyanah Md Tahir dan Zatul Asmah Mat Isa selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie Husaini Roslin.

Mahkamah turut mengarahkan pihak berkuasa membuat carian di Imigresen terhadap Nur Diyanah, yang beralamat di Damansara, dan memberi kuasa kepada pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam untuk menahan Zatul Azmah, yang juga pegawai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Zainal Abidin menetapkan 5 Mac tahun depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, rakan pengasas eHati itu selaku penjamin telah dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung ketidakhadiran wanita tersebut ke mahkamah.

Wanita itu berkata kesanggupan beliau untuk menjadi penjamin tidak lebih daripada sifat belas kasihan kerana keluarga pengasas eHati berkenaan tidak hadir untuk membantu.

“Saya berkawan dengan dia sejak 2021 tapi tidak pernah ke rumahnya,” kata wanita itu yang bekerja sebagai doktor. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author