Connect with us

Terkini

PM: SPRM bebas siasat Shamsul Iskandar tanpa campur tangan luar

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan terhadap Shamsul Iskandar.
  • “Saya menegaskan bahawa SPRM bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar,” katanya.
  • Beliau menegaskan Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sambil menegaskan bahawa kerajaan memberi sepenuh ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang timbul.

Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata beliau merakamkan penghargaan atas khidmat Shamsul Iskandar sepanjang bersama pentadbiran kerajaan.

Tambah Anwar, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas bagi menjalankan siasatan terhadap Shamsul Iskandar.

“Saya menerima perletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.

“Berhubung tuduhan yang timbul, saya menegaskan bahawa SPRM bebas untuk menjalankan siasatan segera, tanpa sebarang campur tangan luar,” katanya hari ini.

Beliau menegaskan Kerajaan MADANI kekal teguh pada prinsip ketelusan dan integriti, dan memberi ruang kepada proses siasatan mengikut lunas undang-undang.

Semalam, Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatan selepas dikatakan wujud percubaan untuk memburukkan dirinya sekali gus boleh mencemarkan imej Kerajaan Madani.

Ia susulan pendedahan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli baru-baru ini, bahawa Shamsul Iskandar merupakan individu yang menulis surat sokongan kepada enam kontraktor bagi projek pembinaan sebuah hospital, tahun lalu. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author