Antarabangsa
Perogol transgender dipindahkan ke penjara wanita atas kesalahan rogol
Seorang perogol kanak-kanak transgender lelaki ke perempuan dipindahkan ke penjara wanita yang dikenali sebagai “Camp Cupcake”, sekali gus menimbulkan ketakutan dalam kalangan banduan di penjara wanita itu, lapor Reduxx.
- Seorang perogol kanak-kanak transgender lelaki ke perempuan dipindahkan ke penjara wanita yang dikenali sebagai “Camp Cupcake”, sekali gus menimbulkan ketakutan dalam kalangan banduan di penjara wanita itu.
- Brooke Lyn Sonia atau Brett David Sonia disabitkan kesalahan pada 2005 dan 2006 atas pertuduhan seksual terhadap seorang gadis muda berusia 13 tahun.
- Dia yang merupakan seorang lelaki pada masa kejadian, didakwa memperdayakan remaja itu bahawa dia akan membantu menjana wang dalam ‘pemodelan.’
- Sonia dikatakan mendesak remaja malang itu untuk menanggalkan pakaiannya dan melakukan aksi seks, sementara dia merakam gambar mangsa.
- Sonia juga didakwa kerana merogol remaja itu berulang kali dan merakam gambar di Strafford County, New Hampshire pada 2006.
WASHINGTON – Seorang perogol kanak-kanak transgender lelaki ke perempuan dipindahkan ke penjara wanita yang dikenali sebagai “Camp Cupcake”, sekali gus menimbulkan ketakutan dalam kalangan banduan di penjara wanita itu, lapor Reduxx.
Brooke Lyn Sonia atau Brett David Sonia, disabitkan kesalahan pada 2005 dan 2006 atas sedozen pertuduhan seksual terhadap seorang gadis muda berusia 13 tahun pada waktu itu dan telah dipenjarakan.
Dia yang merupakan seorang lelaki pada masa kejadian, didakwa memperdayakan remaja itu bahawa dia akan membantu menjana wang dalam ‘pemodelan.’
Sonia dikatakan mendesak remaja malang itu untuk menanggalkan pakaiannya dan melakukan aksi seks sementara dia merakam gambar mangsa.
Dia dibicarakan di California dan New Hampshire dan pada 2005 disabitkan dengan 20 tuduhan gabungan melakukan perbuatan lucah ke atas kanak-kanak dan memiliki pornografi kanak-kanak di Los Angeles.
Sonia juga didakwa kerana merogol remaja itu berulang kali dan merakam gambar di Strafford County, New Hampshire, pada 2006.
Dia akhirnya dijatuhkan hukuman di California dan New Hampshire pada 2016 mula dikenali sebagai banduan transgender.
Pada 2020, Sonia memfailkan rungutan dengan mengatakan dia menghadapi ‘risiko pencerobohan lelaki’ semasa di Washington Correctional Center for Women (WCCW).
Rayuan Sonia itu dipenuhi selepas beberapa banduan wanita mendakwa melihatnya di WCCW.
Sumber: Daily Mail